Harian Metro

‘Dia macam berada di dunianya sendiri’

-

Kuala Lumpur: Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Azmee Elias, 36, yang ditemui tidak sedarkan diri di hadapan rumah neneknya di Kampung Bintang, Peserai di Batu Pahat kelmarin didakwa seperti hilang ingatan dan seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.

Sepupunya, Ab Razak Mohd, 47, berkata, Azmee yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

Menurutnya, dia dimaklumka­n sepupunya itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman.

“Tekanan darahnya juga normal, malah imbasan di kepalanya turut mendapati tiada sebarang kecederaan.

“Namun keadaannya tidak seperti sebelum ini kerana dia tidak dapat mengenali ahli keluarga, dia seperti berada di dunianya sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanap­un, keluargany­a bersyukur kerana Azmee ditemui selamat selepas menghilang­kan diri sejak 12 Februari lalu.

“Alhamdulil­lah, akhirnya Azmee dijumpai dan mungkin ini juga berkat bacaan Yasin dan solat hajat yang dilakukan di masjid selepas solat Jumaat baru-baru ini.

“Syukur akhirnya Azmee ditemui kerana kami (keluarga) sebelum ini mencuba pelbagai cara untuk mencarinya termasuk meminta bantuan beberapa masjid untuk mengadakan solat hajat.

“Pada Jumaat lalu, saya meminta imam di Masjid Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu untuk mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat.

“Kami bersyukur permintaan kami dimakbulka­n dan Azmee selamat walaupun keadaannya belum pulih sepenuhnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia