Harian Metro

PERAGUT KEJAM 2 BERADIK

 Penjenayah pinjam kereta ibu mentua direman tujuh hari

- Muhamaad Razis Ismail news@nstp.com.my

Dua beradik direman tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes ragut warga emas berusia 72 tahun di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah di sini, kelmarin.

Perintah reman itu dikeluarka­n Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret di sini, Rosli Ahmad terhadap lelaki berusia 27 dan 33 tahun terbabit sehingga 4 Mac ini untuk disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kedua-duanya yang berpakaian lokap ungu dan oren dibawa ke mahkamah jam 9 pagi semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superinten­dan Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahka­n dua beradik terbabit direman untuk siasatan.

Akhbar melaporkan dua beradik terbabit ditahan polis jam 1 tengah hari kelmarin selepas sejam meragut beg tangan seorang warga emas.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu mangsa Wong Chui Ling cedera ringan di kepala selepas terjatuh di jalan.

Dua lelaki terbabit melarikan diri dengan kereta Proton Persona milik ibu mentua seorang daripada mereka.

Kedua-duanya ditahan di rumah mentua seorang lelaki terbabit di Jalan Bayam selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu tersebar di media sosial.

Turut ditemui bersama mereka beg tangan mangsa yang diragut dengan sebahagian wang yang sudah digunakan.

Pemeriksaa­n mendapati kedua-duanya positif methampeta­mine.

 ??  ?? DUA suspek direman di Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam.
DUA suspek direman di Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam.
 ??  ?? RAKAMAN CCTV yang tular di lama sosial menunjukka­n kejadian ragut yang dilakukan suspek di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah, kelmarin.
RAKAMAN CCTV yang tular di lama sosial menunjukka­n kejadian ragut yang dilakukan suspek di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah, kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia