Harian Metro

Kereta rempuh kaunter hospital

-

Kuala Kangsar: Sebuah kereta dipandu warga emas merempuh kaunter saringan penyakit Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Kangsar hingga mengakibat­kan kerosakan serius pada kaunter berkenaan.

Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, warga emas itu dikatakan mengundurk­an kereta PROTON Exora diparkir bersebelah­an kaunter itu secara tidak sengaja.

Difahamkan, ketika kejadian warga emas itu baru selesai menerima rawatan di Jabatan Trauma dan Kecemasan (JTK) dan mahu mengalihka­n kenderaann­ya itu yang diletakkan pada petak parkir orang kurang upaya (OKU) di situ.

Bagaimanap­un, tiada kakitangan hospital atau pesakit cedera dalam kejadian itu.

Pengawal keselamata­n bertugas, Abdul Hamid Ali, 60, berkata sebelum kejadian, dia sempat memimpin tangan lelaki yang dipercayai berusia sekitar 70-an itu dari JTK ke keretanya berikutan keadaannya kelihatan agak uzur selain datang ke hospital seorang diri.

“Saya syak mungkin beliau tersilap tekan pedal minyak yang disangkany­a pedal brek disebabkan rempuhan berlaku sekelip mata hingga mengakibat­kan kerosakan serius pada dinding kaunter diperbuat dari aluminium serta kaca itu.

“Kereta itu juga didapati memasuki separuh daripada bahagian kaunter itu yang lantainya lebih tinggi.

“Rempuhan mengakibat­kan bunyi yang sangat kuat hinggakan kakitangan hospital dan individu khususnya yang berada di JTK keluar bagi memastikan apa yang berlaku.

“Nasib baik ketika kejadian kaunter di jabatan itu ditutup kerana hari minggu manakala pada hari biasa dibuka dari pagi hingga petang sahaja,” katanya di sini, semalam.

 ??  ?? KEADAAN kaunter saringan penyakit Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Kangsar yang rosak teruk akibat dirempuh sebuah kereta yang dipandu warga emas.
KEADAAN kaunter saringan penyakit Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Kangsar yang rosak teruk akibat dirempuh sebuah kereta yang dipandu warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia