Harian Metro

Mayat tersepit stereng

-

Kuala Lumpur: Disangkaka­n tidur namun orang ramai terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki reput dalam van berhampira­n stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, jam 5 petang semalam.

Mayat Lee Yueh Hua, 49, ditemui di tempat duduk pemandu van itu selepas beberapa hari kenderaan itu dilihat diletakkan di stesen minyak berkenaan.

Seorang saksi berkata, mayat mangsa ditemui pekerja stesen minyak itu yang memeriksa van itu berada di lokasi berkenaan sejak empat hari lalu.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui mayat lelaki itu reput dan kembung di bahagian perut sebelum kami memaklumka­n kepada polis jam 5.50 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya berdepan kesukaran untuk mengeluark­an mangsa dari tempat duduk pemandu berikutan keadaan mayat reput dan kembung di perut.

“Kami meminta bantuan bomba dan penyelamat mengeluark­an mayat tersepit pada stereng van.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia antara tiga hingga empat hari lalu berdasarka­n keadaan mayatnya,” katanya.

Munusamy berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

“Kami merakam keterangan saksi dan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia