Harian Metro

TERIMA KASIH!

- Zahratulha­yat Mat Arif zahratulha­yat@nstp.com.my

Ipoh

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana menunaikan pelbagai janji yang dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Kerani sebuah syarikat swasta, Ahmad Salim Hamid, 35, berkata, tidak ada negara dalam dunia ini yang boleh membantu rakyat seperti apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.

“PRU ke-14 bakal menjelma. Kita harus buat pilihan dengan baik siapa yang boleh mengetuai negara dan memastikan kebajikan rakyat dijaga.

“Sejak peningkata­n taraf ekonomi yang tinggi, kerajaan mengambil inisiatif ini untuk mengurangk­an beban rakyat seperti saya.

“Terima kasih Datuk Seri Najib dan BN kerana bermurah hati. Saya harap pada masa akan datang, bantuan ini akan diteruskan,” katanya yang menerima wang berjumlah RM450, semalam.

Rahimah Ghazali, 56, dari Kampung Tawas Tambahan yang bekerja sebagai pembantu restoran juga memberi pendapat sama mengenai BR1M.

Katanya, bantuan itu akan digunakan untuk membeli peralatan sekolah tiga anaknya.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mewujudkan bantuan ini. Mungkin jumlah bantuan ini kecil bagi orang lain, tetapi pada saya ia amat besar.

“Bantuan ini menunjukka­n kerajaan sentiasa mendengar keluhan rakyat mengenai kos taraf hidup yang tinggi.

“Bantuan seperti ini amat ditunggu setiap tahun. Saya hanya bekerja di restoran manakala suami bekerja sebagai penjual ikan. Kami tidak mempunyai pendapatan yang tetap,” katanya.

Pada perasmian BR1M peringkat kebangsaan di Pahang kelmarin, Najib berkata, BN menepati hampir semua janji dibuatnya kepada seluruh rakyat, apabila sudah mengotakan 97.6 peratus daripada kandungan

Rakyat teruja terima BR1M fasa pertama

manifesto yang dibentangk­an pada PRU ke-13.

Menurutnya, antara janji ditepati BN adalah menaikkan BR1M daripada RM500 kepada RM1,200 secara berperingk­at, yang sudah dinikmati rakyat berkelayak­an sejak tahun lalu.

Penerima boleh mula menyemak akaun bank masing-masing hari ini dan bantuan akan diagihkan dalam tiga fasa iaitu

 ??  ??
 ??  ?? MUHD Ismail terharu setelah mengeluark­an wang BR1M di Bank Simpanan Nasional (BSN). SARAVANAN Thambiraja­h mengira duit diterimany­a di BSN Jalan Bank, Kuantan.
MUHD Ismail terharu setelah mengeluark­an wang BR1M di Bank Simpanan Nasional (BSN). SARAVANAN Thambiraja­h mengira duit diterimany­a di BSN Jalan Bank, Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia