Harian Metro

Umpan dedak curi patin sangkar

-

Temerloh: Seramai 25 penternak ikan sangkar di Kampung Lebak Seberang, dekat sini, berdepan kebimbanga­n apabila ternakan mereka dicuri sehingga menyebabka­n kerugian puluhan ribu ringgit.

Mereka mendakwa wujud satu sindiket sejak sebulan lalu yang lazimnya mengharung­i Sungai Pahang pada setiap awal pagi dan seterusnya membawa lari ikan patin diternak, selain turut merosakkan sangkar.

Keadaan itu dibimbangi akan menjejaska­n sumber pendapatan bulanan mereka yang ketika ini berdepan masalah penurunan paras sungai berikutan musim panas, selain air keruh yang boleh menjejaska­n ikan.

Nelayan sangkar dari Kampung Lebak Seberang, Mohd Rizal Ahmad, 43, berkata, lebih 100 ikan patin dalam satu daripada 16 sangkar miliknya dicuri dalam kejadian ketika cuti Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

“Pencuri terbabit mengangkat wayar pagar dan memotong jaring sebelum mengumpan ikan untuk ke satu sudut menggunaka­n dedak sebelum menebar jaring atau sauk bagi menangkap ikan dan memindahka­nnya ke bot yang sedang menunggu.

“Sepatutnya ada pembeli mahu datang pada 17 Februari, tetapi ikan sudah dicuri malam sebelumnya.

“Usaha saya selama lapan bulan menternak ikan menjadi sia-sia. Saya tidak mempunyai pekerja, jadi mudah untuk pencuri membawa lari ikan tanpa dikesan,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi penternak ikan, Zahari Zaidi, 43, berkata, dia percaya kejadian kecurian ikan patin itu didalangi individu yang biasa dengan keadaan persekitar­an dan mempunyai tonto untuk melihat pergerakan pengusaha sebelum memberitah­u rakan mereka untuk bertindak.

“Kami biasanya tinggal di rumah terapung dibina di sangkar ikan sehingga jam 2 atau 3 pagi sebelum balik. Agak mengejutka­n kerana mereka datang mencuri selepas kami balik.

“Susah hendak menyalahka­n sesiapa kerana sungai ini agak besar dan ada pemancing datang pada waktu malam,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan negeri Azahari Othman berkata, dia masih menunggu laporan daripada pegawainya di Temerloh sama ada kes kecurian berkenaan benar-benar berlaku.

 ??  ??
 ??  ?? ZAHARI (kanan) menceritak­an bagaimana mereka terpaksa menjaga malam untuk mengelakka­n berlaku kejadian kecurian ikan sangkar di Kampung Lebak.
ZAHARI (kanan) menceritak­an bagaimana mereka terpaksa menjaga malam untuk mengelakka­n berlaku kejadian kecurian ikan sangkar di Kampung Lebak.
 ??  ?? MOHD Rizal mengemaska­n ikatan jaring sangkarnya yang telah dipotong oleh pencuri ikan patin di Kampung Lebak.
MOHD Rizal mengemaska­n ikatan jaring sangkarnya yang telah dipotong oleh pencuri ikan patin di Kampung Lebak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia