Harian Metro

Ceria bersulam duka MPS sediakan kediaman selesa

- Suraya Roslan dan Norizuan Shamsuddin am@hmetro.com.my

“Saya teruja apabila diberitahu akan mendapat rumah, terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin dengan nasib kami.

“Bagaimanap­un saya sedih apabila dalam keadaan susah begini pun ada pihak mengambil kesempatan.

“Kononnya datang mahu melawat anak, tetapi menggunaka­n peluang itu untuk mencuri telefon bimbit saya,” kata Maslinda Abd Rahman, 44, ibu kepada Muhammad Nazaruddin Roslan, 11, menghidap

dan sawan.

Kisah ibu tunggal itu disiarkan akhbar ini apabila Maslinda bersama Muhammad Nazaruddin yang manja dengan panggilan Naza dan seorang lagi anaknya Putri Aleeya Maisarah, 15, tiada tempat untuk dituju melainkan tinggal sementara di wad pediatrik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), Negeri Sembilan.

Maslinda, tiada pilihan selain menempatka­n Naza di wad HTJS berikutan bilik disewa di sebuah surau tidak dapat memuatkan mereka

Nilai: Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) akan menyediaka­n sebuah rumah yang lebih selesa buat ibu tunggal, Maslinda Abd Rahman, 44, bagi membantu wanita itu menjaga anaknya, Muhammad Nazaruddin Roslan, 11 yang menghidap

Yang Dipertuany­a, Datuk Abd Halim Abd Latif berkata, rumah pangsa yang terletak di Paroi itu memiliki tiga bilik tidur dan dua bilik air bagi kemudahan keluarga wanita terbabit.

Beliau berkata, pihaknya turut menyediaka­n perabot rumah seperti sofa, meja makan serta kelengkapa­n lain.

“Kemudahan ini diberi percuma bagi membantu Maslinda, Muhammad Nazaruddin dan seorang lagi anak, Putri Aleeya Maisarah yang berusia 15 tahun.

“Ia disediakan bagi tempoh tertentu sehingga dia mampu berdikari,” katanya ditemui pada Karnival Nilai Impian 2018@Dillenia

 ‘Pelawat’ ambil kesempatan curi telefon bimbit ibu budak hidap CP

tiga beranak meskipun pihak hospital berulang kali memberitah­unya anaknya sudah boleh pulang berikutan tidak ada tempat untuk dituju.

Ketika ini, Maslinda bersama Naza berada di Hospital di Laman Dillenia, kelmarin.

Abd Halim berkata, pemeriksaa­n mendapati wanita itu menerima bantuan bulanan masing-masing RM200 daripada Baitulmal dan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Rekod menunjukka­n dua jabatan ini tidak terlepas pandang membantu apabila turut menyerahka­n katil, tilam khas, lampin pakai buang, susu, tabung oksigen, bantuan kesihatan, bantuan persekolah­an dan asnaf miskin,” katanya.

Abd Halim berkata, Muhammad Nazaruddin kini dipindahka­n ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan dan ditemani ibunya.

“Kami sudah hubungi Maslinda untuk memaklumka­n tawaran (kediaman).

“Bagaimanap­un tiada keputusan dibuat kerana wanita itu menunggu anaknya dipindahka­n semula ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ),” katanya. Kuala Lumpur (HKL) kerana anak lelakinya itu perlu menjalani beberapa pembedahan.

Bagaimanap­un, nasib malang menimpa dua beranak berkenaan apabila telefon bimbit milik Maslinda dicuri seorang lelaki yang kononnya datang untuk ‘melawat’ Naza, Jumaat lalu.

“Lelaki berkenaan menghubung­i saya dipercayai selepas membaca kisah saya di akhbar ini, dia beritahu mahu datang melawat Naza dan sudah berada berdekatan wad ketika waktu lawatan jam 12.30 tengah hari.

“Lelaki berusia sekitar 40-an ini kemudian hanya memandang saya dan Naza dan membawa buah potong sebelum memberitah­u dia memerlukan wang RM8,000 untuk pembedahan ibunya,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian hanya mendiamkan diri dan sibuk memberi susu kepada Naza sebelum mengecas telefon bimbit diletakkan sebelah anak.

“Lelaki itu kemudian memberitah­u mahu keluar untuk solat Jumaat dan terus berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

“Bagaimanap­un, jam 6 petang dia datang semula ke wad, kali ini dia bawa roti dan air mineral diletakkan atas meja. Dia ambil telefon bimbit saya serta berlalu pergi,” katanya.

Dakwanya, kejadian itu berlaku sangat pantas membuatkan dia tergamam sebelum mem- beritahu jururawat dan pengawal keselamata­n namun lelaki itu sudah hilang menyebabka­nnya terus membuat laporan di pondok polis HKL.

“Saya sangat perlukan telefon bimbit itu kerana perlu menghubung­i anak perempuan di kini tinggal di bilik sewa di surau berkenaan.

“Minta maaf kepada sesiapa yang tidak dapat menghubung­i saya ketika ini terutama berkaitan urusan rumah,” katanya.

 ??  ?? MASLI N DA
MASLI N DA
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 16 Februari lalu.
LAPORAN Harian Metro, 16 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia