Harian Metro

Peluang Daniel Haikal berjalan makin cerah

-

Pekan: Peluang remaja cacat, Muhammad Daniel Haikal Hasdi berjalan tanpa tongkat semakin cerah apabila syarikat pembuat kaki palsu mahu merealisas­ikan impian anak sulung daripada tiga beradik itu.

Syarikat Kedidi Kaki Palsu berpangkal­an di Seri Kembangan, Selangor bersetuju menyumbang kaki palsu buatan tangan sepenuhnya kepada remaja terbabit yang masih belajar di tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, di sini.

Jurucakap syarikat itu, Syafiq Redzuan Abdullah berkata, selepas membaca berita disiarkan Harian Metro minggu lalu pihaknya mengambil keputusan menyumbang­kan kaki palsu berkualiti tinggi kepada remaja terbabit.

Menurutnya, ada beberapa faktor menyebabka­n remaja itu tidak selesa memakai kaki palsu diterima sebelum ini hingga berlaku kecederaan dan berdarah pada kaki kanannya yang cacat sejak lahir.

“Berbekalka­n kepakaran yang syarikat miliki, kami yakin kaki palsu seratus peratus buatan tangan yang dihasilkan dapat menyelesai­kan masalah dihadapi Muhammad Daniel Haikal yang terpaksa menggunaka­n tongkat bahu untuk ke sekolah.

“Menjadi tanggungja­wab kami membantu remaja terbabit bergerak dengan selesa tanpa menyebabka­n kecederaan dan keadaan tidak selesa secara berterusan,” katanya yang berkunjung ke rumah remaja itu di Kampung Batu Lapan Lepar, semalam.

Syafiq Redzuan berkata, selepas mengambil ukuran dan bentuk kaki, pihaknya akan mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan kaki palsu berkualiti tinggi sebelum dapat digunakan remaja terbabit.

Katanya, bantuan kaki palsu itu diharap dapat memberi lebih keselesaan untuk bergerak terutama di sekolah dan mengikuti aktiviti di luar rumah.

“Apabila siap nanti kita akan menyerahka­n sendiri kaki palsu kepada Muhammad Daniel Haikal.

“Saya akan pastikan kemudahan yang diberikan itu dapat digunakan dengan selesa dan memuaskan,” katanya.

Harian Metro sebelum ini menyiarkan berita mengenai kepayahan remaja terbabit yang dilahirkan cacat kaki kanan tidak dapat menggunaka­n kaki palsu sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disebabkan tulang kaki yang dipotong tahun lalu memanjang.

Malah setiap kali memakai kaki palsu itu, kaki kanannya luka dan berdarah hingga menimbulka­n pelbagai masalah menyebabka­n dia memilih menggunaka­n tongkat ke sekolah dan berkerusi roda di rumahnya.

Sementara itu, Pegawai JKM Pekan, Zulkifli Mahmud berkata, pihaknya sudah mengarahka­n syarikat yang bertanggun­gjawab membekalka­n kaki palsu kepada Muhammad Daniel Haikal sebelum ini supaya membaikiny­a.

 ??  ?? MUHAMMAD Daniel Haikal menjalani proses mengukur kaki palsu yang disumbangk­an Syarikat Kedidi Kaki Palsu.
MUHAMMAD Daniel Haikal menjalani proses mengukur kaki palsu yang disumbangk­an Syarikat Kedidi Kaki Palsu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia