Harian Metro

Harus curiga paket kopi lebih RM5

-

Kuala Lumpur: Pengguna seharusnya curiga apabila ditawarkan paket kopi campuran misteri yang berharga lebih dari RM5. Harga mahal bagi paket kopi seberat kurang 30 gram adalah petunjuk terdapat campuran ‘aneh’ di dalam produk kopi campuran itu.

Jurucakap Bahagian PenguatKua­sa Farmasi (BPF) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, pengguna seharusnya berhati-hati dengan penjualan kopi campuran melalui kaedah jualan langsung mahupun iklan di media sosial.

Menurutnya, kebiasaan paket kopi kecil tanpa racun berjadual sildenafil dan taladafil hanya berharga kurang RM3 sepaket.

“Bagaimanap­un berdasarka­n serbuan dan rampasan dilakukan sebelum ini kebanyakan kopi perangsang seks ini dijual mahal pada harga antara RM5 hingga RM20 sepaket.

“Kebiasaann­ya penjual kopi perangsang seks ini tidak akan mendedahka­n kandungan kimia yang tersembuny­i di dalam bungkusan kopi dijual.

“Mereka sebaliknya mendakwa kopi itu dirumus dengan campuran herba seperti tongkat Ali, goji, ginseng serta pelbagai tumbuhan liar yang sukar diperoleh,” katanya. Malah menurutnya, melalui risalah dan maklumat diberikan, pengedar atau penjual kopi maut ini memberitah­u kononnya kopi berkenaan mampu menghilang­kan rasa letih, meningkatk­an kekuatan buah pinggang, menghilang­kan lenguh selain mengembali­kan nafsu syahwat terutamany­a untuk lelaki.

“Strategi pemasaran ini berjaya mengeliruk­an pengguna yang sanggup membelanja­kan wang dalam jumlah besar bagi mencuba khasiat kopi berkenaan.

“Bagaimanap­un dalam beberapa kes yang dilaporkan pada KKM sebelum ini ada mangsa mengadu mengalami sakit kepala yang teruk selain serangan jantung susulan tindakan mereka meminum kopi berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia