Harian Metro

Dialog dengar aspirasi belia

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 Pemuda negara sambut baik usaha KBS kumpul idea untuk masa depan negara menjelang 2050

Usaha Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) mendamping­i belia di seluruh negara melalui pelbagai medium seperti sesi dialog, bengkel dan saluran dalam talian sepanjang tahun lalu mendapat sambutan sangat menggalakk­an.

Usaha julung kali menerusi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) ini bertujuan mendengar aspirasi serta idea mereka untuk masa depan negara menjelang 2050.

Ia bermula dengan dialog pertama, Transforma­si Nasional 2050 (TN50) atau Dialog Perdana TN50 pada 19 Januari tahun lalu di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin diikuti beberapa siri Dialog TN50 di Terengganu, Johor, Perak, Kelantan, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutua­n serta Sabah dan Sarawak.

Melalui siri dialog itu, pelbagai aspirasi diterima dan diterjemah­kan ke dalam bab utama. Antaranya pemikiran masyarakat global yang inovatif dan berwawasan, negara yang memelihara sumber alam semula jadi, masyarakat bersatu dalam kepelbagai­an, negara yang tetap mengekalka­n budaya dan adat serta aspek kesamarata­an diterapkan kepada seluruh masyarakat di Malaysia.

KBS turut mengadakan sesi Dialog TN50x (Dialog Korporat & Dialog Bertema) dikendalik­an badan kerajaan dan swasta bagi mengumpul aspirasi dan idea.

Melalui inisiatif pendamping­an belia bersama KBS itu, hampir 2 juta rakyat daripada pelbagai latar belakang sudah didekati dan lebih daripada 60,000 aspirasi yang berbeza diterima.

Aspirasi itu diperhalus­i dan dibahaskan melalui siri bengkel Kumpulan Masa Depan TN50 dianggotai duta belia, ahli belia serta pakar subjek dan kini dirumuskan ke dalam Laporan Kanvas Belia TN50 yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, esok.

Memperhalu­si lagi aspirasi yang dikumpul dalam fasa satu dan meneroka implikasin­ya untuk masa depan Malaysia, Kumpulan Masa Depan TN50 adalah program fasa kedua pendamping­an belia KBS di mana lebih 200 Ahli Belia dan Pakar digandingk­an.

Di samping menyelami aspirasi secara mendalam ke arah mencadang hala tuju dan sasaran 2050 untuk negara daripada perspektif belia, ia turut mengenal pasti inisiatif berpotensi dilaksanak­an dalam masa terdekat ke arah mencapai sasaran belia TN50.

Terdapat lima Kumpulan Masa Depan TN50 dilancarka­n Perdana Menteri 26 Mei lalu yang membincang­kan topik berkaitan Ekonomi & Pekerjaan, Kehidupan & Kesejahter­aan, Tadbir Urus, Masyarakat dan Gaya Hidup.

Kumpulan ini juga membantu menterjema­hkan aspirasi yang diterima menjadi cadangan hala tuju dan matlamat yang lebih terperinci daripada perspektif belia yang mampu dilaksanak­an dalam proses pembentuka­n program dan dasar kerajaan di masa hadapan.

Selain itu, bengkel Makmal Percambaha­n Idea Belia turut diadakan di mana ahli Kumpulan Masa Depan TN50 berkumpul serta menjalanka­n perbincang­an selama dua hari dalam membincang­kan idea dan inisiatif yang mampu merealisas­ikan aspirasi dan impian belia untuk Negara menuju ke arah Transforma­si Nasional 2050.

Daripada aspirasi ke realiti, ia menjadi Idea TN50 iaitu penerokaan awal kepada aspirasi yang disampaika­n belia Malaysia untuk mencipta idea-idea dan cadangan yang menterjema­hkan aspirasi belia kepada realiti, yang mampu untuk membantu Transforma­si Nasional 2050 (TN50) mencapai visinya menjelang 2050 nanti.

Terdapat beberapa Idea TN50 yang dicadangka­n oleh ahli Kumpulan Masa Depan TN50 yang dipaparkan dalam sorotan digital draf laporan Kanvas Belia TN50 iaitu Pakej Bimbingan Awal Anak Malaysia oleh Nurhisham Hussein dan

June Yap, SMK

Sekolah Rintis Masa Depan oleh Dzameer Dzulkifli dan Firdaus Ali,

oleh Raja Jesrina Arshad, Penglibata­n Rakyat Dalam Kerajaan Tempatan oleh Afiq Johar, Indeks Penggunaan Tanah Mampan oleh Dzaeman Dzulkifli dan Nik Nabila, Menggunaka­n Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Kerajaan oleh Dr Dhesi Raja, Hab Komuniti Bersepadu Masa Depan oleh Fadzli Rahim, Khidmat Malaysia oleh Faisal Ariff, Program oleh Alena Murang, Kampung Pintar Malaysia oleh Ganesh Muren dan

Atlet Pencetus Industri oleh Sharon Wee.

 ??  ?? KHAIRY (tengah) bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan golongan belia pada sesi dialog di Johor.
KHAIRY (tengah) bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan golongan belia pada sesi dialog di Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia