Harian Metro

SARBAN komited bantu orang susah

-

Kuala Lumpur: Hasil memanfaatk­an Facebook (FB) bagi mempromosi­kan aktiviti mereka Shah Alam Resident Brotherhoo­d And Neighbourh­ood (SARBAN) pada awalnya ditubuhkan bagi membantu golongan asnaf menghuni bandar raya itu kini aktif dalam aktiviti kesukarela­wanan di seluruh negara.

Selepas empat tahun ditubuhkan FB SARBAN kini mempunyai seramai 67,388 pengikut yang menyalurka­n pelbagai maklumat mengenai keluarga atau individu dalam kesukaran.

SARBAN mempunyai 200 ahli yang diselarask­an Mohd Hazlan Harun juga sudah berdaftar secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) selepas permohonan mereka diluluskan pada 12 Jun 2015.

Menurut Mohd Hazlan, SARBAN juga bekerjasam­a dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Selangor (LZS), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Jejak Asnaf dalam usaha menjejak lebih ramai asnaf.

Jelasnya, misi SARBAN adalah memberikan khidmat secara berkumpula­n dengan kumpulan sasar mereka adalah fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, individu menghidap penyakit kronik dan anak yatim menggunaka­n sumbangan diterima daripada orang ramai.

“Antara program dijalankan setiap tahun adalah Asnaf Raya, untuk keluarga mempunyai anak bersekolah dan Jamuan Hari Raya Warga Shah Alam. Kami juga hulurkan bantuan dalam bentuk tenaga dengan menganjurk­an gotong-royong membaiki rumah asnaf atau mangsa terjejas akibat bencana termasuk banjir.

“Selain menggunaka­n dana hasil sumbangan orang ramai, kami kerap menganjurk­an jualan amal dengan menawarkan bubur asyura dan sambal hijau. Proses memasak dan membungkus dilakukan ahli SARBAN sendiri,” katanya ketika diteemui.

Sementara itu, penggerak Persatuan Jejak Asnaf, Ahmad Azmi Ibrahim, 47, berkata, mereka menawarkan pelbagai jenis barangan dapur secara percuma kepada keluarga yang dalam kesusahan.

Orang ramai berminat untuk membantu boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun Maybank (5121016499­53) atas nama Pertubuhan Persaudara­an dan Kejiranan Shah Alam atau emel ke

bagi mendapatka­n maklumat lebih lanjut.

 ??  ?? MOHD Hazlan (kanan) memberi bantuan kepada penduduk Shah Alam.
MOHD Hazlan (kanan) memberi bantuan kepada penduduk Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia