Harian Metro

Ekspo jelajah tawar 100,000 rumah

-

Subang: Ekspo Jualan Perumahan-Ke Arah Sejuta Impian, Alami Gaya Hidup Sejahtera yang bakal memulakan siri jelajah seluruh negara bermula 1 Mac ini menawarkan lebih 100,000 unit rumah dengan menyasarka­n pembeli berpendapa­tan rendah (B40) dan pertengaha­n (M40).

Ekspo itu inisiatif Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Jabatan Perumahan Negara, Perbadanan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan agensi di bawah kerajaan negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Malaysia Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, 10 lokasi dipilih iaitu Perak, Sabah, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Sarawak, Perlis dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Selangor.

“Matlamat utama ekspo ini membuka peluang khususnya kepada golongan B40 dan M40 ini memiliki rumah dengan membantu mereka merancang kewangan terlebih dulu.

“Ekspo ini turut disertai institusi perbankan seperti Maybank, CIMB, RHB dan Ambank selain Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).

“Ia bertujuan menjadi pusat sehenti kepada pengunjung yang membolehka­n mereka membuat semakan terus mengenai status kewangan dan pinjaman sebelum membeli rumah berdasarka­n kemampuan kewangan mereka,” katanya pada sidang media di pejabat PR1MA Malaysia, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia