Harian Metro

Skim khas tentera, polis labur ASB

-

Kuala Lumpur: Permodalan Nasional Bhd (PNB) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) menawarkan Skim Pelaburan Khas untuk memudahkan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta ahli Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Skim berkenaan menyediaka­n pakej pembiayaan untuk tempoh lima dan 10 tahun bagi anggota serta veteran ATM, manakala 10 tahun

KPDRM.

Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, skim itu ditawarkan bagi menggalakk­an warga ATM dan PDRM melabur serta membina tabungan yang kukuh menerusi pelaburan dalam ASB.

“Menerusi skim ini, mereka boleh melabur dalam ASB dengan membayar ansuran bulanan tetap yang berpatutan kepada Bank Muamalat. Ini satu kaedah

(simpanan yang diyakini

paksaan)

untuk

anggota mampu membantu mereka mempunyai tabungan kukuh dalam ASB.

“Dengan kaedah

ini, pelabur dapat membentuk disiplin pelaburan berkala lebih berkesan untuk jangka panjang, seterusnya menikmati manfaat pengembang­an pelaburan daripada kuasa faedah kompaun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Bagaimanap­un, agihan pendapatan tahunan ASB yang diperoleh pelabur tidak boleh dikeluarka­n sehingga tamat tempoh pembiayaan.

Bagi memastikan pelabur tidak berasa terbeban, jumlah ansuran bulanan yang dikenakan adalah tidak melebihi 10 peratus daripada gaji kasar mereka.

Jika pelabur mengambil kemudahan pembiayaan sebanyak RM70,000, mereka hanya perlu membayar ansuran bulanan RM218 untuk 10 tahun, yang mampu dibiayai oleh pelabur.

 ??  ?? Dengan kaedah forced saving, pelabur dapat membentuk disiplin pelaburan berkala lebih berkesan untuk jangka panjang, seterusnya menikmati manfaat pengembang­an pelaburan daripada kuasa faedah kompaun”
Dengan kaedah forced saving, pelabur dapat membentuk disiplin pelaburan berkala lebih berkesan untuk jangka panjang, seterusnya menikmati manfaat pengembang­an pelaburan daripada kuasa faedah kompaun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia