Harian Metro

Rossi cilik pukau pengunjung

-

Usianya baru enam tahun namun nama Qabil Irfan Azlan kini harum dan meniti di bibir peminat sukan permotoran selepas menundukka­n pelumba lain yang lebih tua daripadany­a dalam beberapa kejohanan motosikal mini di seluruh negara.

Lebih mengagumka­n, rider cilik itu mengambil masa tiga bulan untuk berlatih sebelum menyertai pertanding­an lumba motosikal mini pertamanya sekitar empat tahun lalu.

Menurut bapanya, Azlan Abd Rahman, 42, Qabil

Irfan yang juga dikenali Valentino Rossi Jr memenangi banyak kejohanan antaranya di USJ, Subang Jaya dalam kategori bawah 17 tahun dan bawah lapan tahun.

“Memang dia berbakat besar dan ia anugerah semula jadi.

“Walaupun bekas pelumba cub prix, saya tidak pernah memaksa

Qabil meminati motosikal, jauh sekali mendorongn­ya menjadi seorang pelumba, namun pada usia dua tahun dia sudah menunjukka­n minat mendalam terhadap sukan permotoran.

“Saya sendiri hairan dengan keberanian dan bakat semula jadinya malah menguasai teknik diajar dalam tempoh singkat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Kedai Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Bhd di Ekspo Terengganu 2018 di sini, semalam.

Qabil Irfan yang dilantik sebagai Ikon Permotoran Terengganu sempat mempamerka­n aksinya menunggang motosikal mini dengan disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyempurn­akan majlis itu.

 ??  ?? QABIL Irfan mempamerka­n aksi menunggang motosikal mini miliknya.
QABIL Irfan mempamerka­n aksi menunggang motosikal mini miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia