Harian Metro

Rebut peluang cabutan bertuah

-

Kuala Nerus: Dalam masa dua hari, lebih 50,000 pengunjung menyertai pertanding­an cabutan bertuah Ekspo Terengganu 2018.

Ekspo diadakan di perkaranga­n Kompleks Sukan Negeri di sini, mendapat sambutan luar dugaan apabila pengunjung tanpa menghirauk­an cuaca panas membanjiri tapak ekspo bagi mendapatka­n hadiah lumayan ditawarkan.

Pengunjung, Halimah Yusof, 46, dari Kampung Wakaf Tapai, berkata, hadiah lumayan yang disediakan untuk cabutan bertuah hadiah kerajaan negeri kepada rakyat Terengganu.

“Saya teruja untuk datang ke ekspo ini dan sejak awal pagi tiba bersama keluarga,” katanya ketika ditemui di tapak ekspo semalam.

Katanya, selain cabutan bertuah pengunjung boleh mendapatka­n maklumat berkaitan pembanguna­n negeri menerusi pameran di tapak ekspo berkenaan.

Hadiah lumayan termasuk tanah, rumah dan kereta bernilai lebih RM1.5 juta bakal dimiliki pengunjung Ekspo Terengganu bermula 25 Februari hingga 3 Mac ini.

Program menarik disusun bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat mengenai kejayaan pembanguna­n dilakar Terengganu.

Ekspo itu tidak terhad kepada aktiviti pameran pelbagai agensi kerajaan tetapi menyediaka­n lebih 200 lot jualan produk industri kecil dan sederhana (IKS), 64 peniaga 55 peniaga kenderaan saji dan 20 peniaga T-Kitchen.

Pengunjung berpeluang beramah mesra bersama selebriti dan atlet negara, menonton persembaha­n kebudayaan dan temu duga terbuka untuk mereka yang mencari pekerjaan.

Seramai 400,000 dijangka mengunjung­i ekspo tujuh hari itu.

 ??  ?? IBU bapa membawa anak melawat gerai pameran haiwan.
IBU bapa membawa anak melawat gerai pameran haiwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia