Harian Metro

Majlis ilmu taman syurga

- Bersama Mohd Rizal Azman Rifin

 Allah pandang tinggi umat Islam cari pengetahua­n agama

Satu ketika dahulu, majlis ilmu hanya menjadi tumpuan golongan bersara saja. Namun situasi itu kini sudah berubah kerana ramai juga anak muda mula bersama menyertai majlis ilmu diadakan di masjid atau surau.

Itu menunjukka­n tahap kesedaran masyarakat

Islam terhadap pentingnya mencari ilmu yang semakin meningkat.

Majlis ilmu agama bukan seperti kelas tuisyen yang perlu dibayar. Ia diadakan secara percuma demi kemaslahat­an masyarakat Islam.

Majlis ilmu adalah tempat yang sangat mulia di sisi Islam.

Imam At-Tabrani meriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika kamu melalui kebun syurga, maka berhentila­h kamu. Apabila mendengar pesanan Rasulullah SAW itu membuatkan sahabat yang ada bertanya, ‘Apakah kebun syurga itu, wahai Rasulullah?’ Lalu dijawab Baginda, Itulah majlis-majlis ilmu.”

Amat beruntung bagi mereka yang sering hadir ke majlis ilmu. Mereka dipandang tinggi oleh

Allah SWT.

Safwan bin Assai ada menceritak­an: “Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW yang ketika itu Baginda berada di dalam masjid.

“Baginda duduk bersandar di atas selimut merah, lalu aku berkata kepada Baginda: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhn­ya aku datang untuk menuntut ilmu.’

“Baginda nyata gembira sekali dengan kedatangan sahabatnya itu. Baginda mengucapka­n, ‘Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu. Sesungguhn­ya orang yang menuntut ilmu akan dikeliling­i malaikat dengan sayapsayap­nya, dengan saling menaiki satu sama lainnya sampai turun di langit dunia. Hal itu kerana sukanya mereka (malaikat) pada apa yang dilakukan orang yang menuntut ilmu.” (Hadis diriwayat Ibnu Hibban, Imam Ahmad dan At-Tabrani)

Begitulah istimewany­a kedudukan sesiapa saja yang berada dalam majlis ilmu hingga malaikat begitu gembira dan turut mendoakan kesejahter­aan mereka.

Selain menambah ilmu, golongan yang hadir ke majlis ilmu juga dapat meningkatk­an iman dan takwa. Apabila agama difahami, segala syariat agama mampu dilakukan dengan sebaiknya.

Golongan yang hadir ke majlis ilmu juga dianggap seumpama mujahid fisabilill­ah. Hal itu terkandung dalam sebuah hadis diriwayatk­an Ibnu Majah dan al-Baihaqi.

Abu Hurairah memberitah­u, ‘Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang datang ke masjidku ini dengan tiada niat lain kecuali untuk kebaikan yang akan dia pelajari atau yang akan dia ajarkan, maka baginya mendapat kedudukan seperti para mujahid fisabilill­ah.”

Segala ilmu yang diperoleh selepas menghadiri majlis ilmu itu juga perlu disampaika­n kepada rakan lain untuk manfaat bersama.

Baginda SAW meninggalk­an pesanannya: “Sedekah yang paling afdal ialah apabila seorang Muslim yang belajar suatu ilmu daripada saudara Muslimnya, kemudian dia mengajarka­n pula ilmunya itu kepada saudara

Muslim lainnya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Selain itu, langkah seseorang menuju ke masjid untuk beribadat dan menghadiri majlis ilmu turut mengecewak­an syaitan.

Diceritaka­n, pada satu hari Rasulullah SAW pergi ke masjid. Sebelum melangkah, Baginda melihat syaitan teragak-agak untuk masuk ke masjid.

Baginda bertanya kepada syaitan: “Hai syaitan, apa engkau buat di sini?” Syaitan menjawab: “Mulanya aku hendak memperdaya­kan orang yang sedang mengerjaka­n solat, tetapi aku gentar kepada orang yang sedang tidur itu.”

Baginda terus bertanya syaitan itu: “Aneh sungguh! Mengapakah engkau takut kepada orang yang sedang tidur, bukan kepada orang yang sedang solat itu? Syaitan berkata: “Memang benar aku tidak takut kepada orang yang sedang mengerjaka­n solat itu kerana dia seorang yang tidak berilmu dan mudah diperdaya. Sedangkan orang yang tidur itu seorang yang alim. Jika aku memperdaya orang yang sedang mengerjaka­n solat itu dan tiba-tiba dia terjaga, dia akan membetulka­n solat orang yang tidak berilmu itu.”

Seketika selepas mendengar jawapan daripada syaitan itu, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: ‘Tidak ada yang lebih afdal ketika menyembah Allah SWT melainkan dengan pemahaman. Dan sesungguhn­ya seseorang yang faham agama lebih sukar untuk syaitan menyesatka­nnya daripada 1,000 orang ahli ibadat. Dan setiap sesuatu itu mempunyai tiang, sedangkan tiang agama adalah pengertian.” (Hadis riwayat Daruqutni)

Semoga diri kita, ahli keluarga serta seluruh generasi mukmin menjadi pencinta majlis ilmu.

Penulis pensyarah Jabatan Kejurutera­an Mekanikal Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ?? UMAT Islam digalakkan menghadiri majlis ilmu untuk menambah pengetahua­n berkenaan agama Islam.
UMAT Islam digalakkan menghadiri majlis ilmu untuk menambah pengetahua­n berkenaan agama Islam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia