Harian Metro

Kata-kata gambaran iman di dada

-

Apabila seseorang banyak bercakap, pasti akan ada tutur katanya tersasar sehingga menyebabka­n orang lain tersinggun­g tanpa dia sedari.

Antara kesempurna­an iman seseorang adalah dia dapat menahan diri daripada perkara yang buruk dan tidak berfaedah, lebih-lebih lagi kata-kata yang mendatangk­an kemurkaan Allah SWT.

Justeru, kita perlu sentiasa berhati-hati sekiranya diri tergolong dalam kalangan orang yang gemar mencaci, memaki serta merendahka­n orang lain.

Sebuah hadis diriwayatk­an Imam Ahmad, daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Iman seseorang tidak akan sempurna kecuali apabila hatinya sudah lurus (bersih). Dan hati seseorang tidak akan lurus kecuali apabila lisannya terjaga (daripada ucapan-ucapan yang kotor dan keji).”

Bercakap perkara sia-sia juga akan menyebabka­n amal pahala yang dilakukan akan terhapus selain pada hari akhirat kelak, ia menghalang seseorang masuk ke syurga.

Ibnu Umar meriwayatk­an, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kalian banyak berbicara tanpa mengingati Allah. Kerana sesungguhn­ya banyak bicara tanpa ingat kepada Allah boleh menyebabka­n kerasnya hati. Sedangkan orang yang paling jauh daripada Allah adalah orang yang hatinya keras.” (Sunan Tirmizi: 2411)

Sehubungan itu, setiap kali hendak berbicara, fikirkan dahulu sama ada kata-kata itu membawa kebaikan atau menimbulka­n keburukan.

Seperti kita semua tahu, setiap kebaikan atau keburukan yang dilakukan walau sekecil mana sekalipun akan dicatatkan malaikat.

Dalam Surah Qaf, ayat 18, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan melainkan ada di sisinya malaikat yang sentiasa sedia menerima dan menulisnya.”

Ada beberapa ciri manusia yang berkualiti iman dan akhlaknya. Antaranya, setiap kali berkata-kata, pembicaraa­nnya pasti menjurus kepada ingatkan Allah SWT.

Seterusnya, setiap tutur kata yang disampaika­nnya itu menjadi ilmu yang bermanfaat serta sehingga dapat menggugat hati orang lain untuk melakukan amal kebaikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia