Harian Metro

Modenisasi dalam perkahwina­n Melayu

- Musa Awang

Suatu fakta yang tidak boleh dinafikan, gaya kehidupan dalam zaman serba pantas masa ini sedikit sebanyak mempengaru­hi budaya, sikap dan pemikiran kepada lebih moden dan ringkas, tidak terkecuali dalam adat perkahwina­n masyarakat Melayu.

Cara berpakaian mempelai serta upacara perkahwina­n juga semakin berbeza dengan budaya dan adat perkahwina­n tradisi. Walaupun ada yang masih mengekalka­n pakaian tradisi, sebahagian­nya cenderung memilih gaya moden dan kebanyakan mengandung­i unsur Barat.

Majlis resepsi juga dilihat semakin popular seperti majlis perkahwina­n yang diadakan di dalam taman dengan menjemput orang tertentu saja. Selain itu, majlis perkahwina­n diadakan di hotel mewah, di atas kapal mewah, majlis persanding­an dengan menaiki kuda dan pelbagai contoh yang lain dilihat sebagai salah satu pengaruh Barat yang dibawa ke dalam majlis perkahwina­n masyarakat Melayu pada masa kini dan ia menjadi semakin popular di kalangan masyarakat Melayu.

Mutakhir ini juga ada unsur Barat dalam upacara majlis perkahwina­n seperti barisan anak perempuan kecil berpakaian seragam yang mengiringi mempelai sambil membawa bunga. Dan yang terbaru acara flash mob’ dalam majlis perkahwina­n, iaitu sekumpulan orang ramai yang berhimpun secara mengejut untuk melakukan persembaha­n yang aneh dan tidak disangka-sangka seperti menari dan sebagainya.

Budaya flash mob berasal dari Barat. Di Amerika, ia sudah membentuk satu budaya yang diterima ramai. Improv Everywhere yang ditubuhkan Charles Tod pada 2001 di Amerika Syarikat ialah kumpulan pertama yang mula menganjurk­an flash mob. Antara flash mob Improv Everywhere yang pernah mendapat perhatian berjudul No Pant pernah mendapat perhatian seluruh dunia terutama warga New York, apabila sekumpulan warganya tanpa rasa segan menanggalk­an seluar ketika menaiki subway.

Perubahan ini berlaku mungkin disebabkan perubahan kehidupan dan pemikiran masyarakat yang semakin maju dan seiring dengan kemodenan hidup. Cara hidup yang lebih moden, tidak mempunyai tenaga yang banyak, dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruska­n upacara perkahwina­n mengikut cara tradisiona­l.

Perkahwina­n secara moden dikatakan lebih mudah. Hanya perlu menyediaka­n wang secukupnya untuk memastikan majlis perkahwina­n dapat berjalan lancar. Kebanyakan lebih gemar menyerahka­n persiapan majlis perkahwina­n, kelengkapa­n perkahwina­n dan penyediaan makanan sepenuhnya kepada pihak tertentu, disebabkan oleh faktor kekangan masa dan memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk mengelolak­annya.

Lantaran itu, syarikat yang menawarkan pakej perunding perkahwina­n tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Juga berlaku kes pihak yang kerugian ribuan ringgit akibat diperdaya oleh perunding perkahwina­n dengan menawarkan pakej ‘harga runtuh’ dengan pakej yang tidak munasabah.

Fenomena juga adalah antara faktor penyebab hantaran perkahwina­n menjadi semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Walaupun zaman berubah dan masyarakat semakin moden,

Islam menyediaka­n asas panduan yang jelas yang sesuai digunakan sepanjang zaman.

Kenduri perkahwina­n dalam Islam dikenali sebagai ‘walimah’ hukumnya adalah sunnah. Ibnu Qudamah dalam Kitab al-Mughni pernah berkata: “Tiada perbedaan pendapat di antara ahli ilmu, bahawasany­a hukum walimah di dalam majlis perkawinan adalah sunnah dan disyari’atkan (sangat dituntut) bukan wajib.”

Kenduri walimah sunat dilakukan sesuai dengan kemampuan pihak terlibat terutama suami. Kenduri walimah adalah sebahagian daripada ibadah kepada Allah SWT dan sebagai bukti kecintaan kepada Rasulullah SAW. Maka dalam pelaksanaa­nnya harus sesuai dengan apa yang dicontohka­n oleh Rasulullah SAW, bukannya menyimpang dari aturann yang ditetapkan oleh

Allah dan Rasul-Nya.

Majlis walimah perlu bersih daripada hal dilarang Islam, terhindar daripada unsur maksiat, kemusyrika­n atau khurafat, tidak menghadirk­an hiburan dilarang, tidak disertai makanan atau minuman yang diharamkan Islam.

Sebagai suatu ibadah, walimah tidak hanya bertujuan berkumpul dan memenuhi undangan makan semata-mata, tetapi pada masa sama dapat memberi nilai tambah terhadap hadirin untuk menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur atas segala kenikmatan yang dianugerah­kan kepada semuanya, termasuk memperoleh keberkatan dari acara walimah tersebut.

Islam melarang penganjura­n walimah yang hanya mengundang orang tertentu, mengundang orang kaya dan terhormat saja dan tidak mengundang fakir miskin, sekalipun masih termasuk kerabat atau tetangga. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sejelek-jelek makanan ialah makanan walimah yang hanya mengundang orang kaya tetapi meninggalk­an orang miskin “(HR Bukhari dari Abu Hurairah RA)

Islam juga melarang percampura­n antara tetamu undangan sehingga memungkink­an terjadinya interaksi antara tetamu lelaki dan perempuan bukan mahram bersenda gurau dan membicarak­an hal tidak syar’i.

Perubahan upacara perkahwina­n dan cara berpakaian mempelai perlu disesuaika­n dengan tuntutan agama.

Kebahagiaa­n rumah tangga bukan bergantung kepada cara majlis perkahwina­n diadakan, tetapi bagaimana kebahagiaa­n tersebut dapat dikekalkan. Tuntutan kesederhan­aan adalah dalam semua aspek kehidupan, termasuk majlis perkahwina­n.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan demikianla­h (sebagaiman­a kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad), satu umat pilihan lagi adil, (umat pertengaha­n) supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia.” (al-Baqarah:143)

Penulis Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia