Harian Metro

‘Tolong berhenti ganggu saya’

- DARI MUKA R21

“Selepas saya dikecam teruk kerana berkahwin dengan suami orang, terbaru timbul pula isu lain. Saya sudah lama berdiam diri dan malas nak ambil tahu apa yang orang perkatakan mengenai perkahwina­n saya. Biarlah orang nak kata atau kecam saya yang bukan-bukan.

“Namun, masih ada juga yang tidak puas hati dengan mewujudkan isu lain pula. Mereka ini seolah-olah tidak mahu hidup saya tenang. Apabila menyentuh isu anak, saya memang tidak akan berdiam diri.

“Kalau benci saya sekali pun, kenapa nak kaitkan anak yang tidak berdosa itu? Apa salah anak saya dengan mereka? Kenapa nak fitnah saya sehingga tahap sebegini? Kalau orang jenis yang percaya bulatbulat apa disebarkan, pasti mempunyai tanggapan serong terhadap saya dan anak. Saya dan pihak lagi satu sudah ada kehidupan masing-masing. Tolonglah berhenti ganggu saya,” katanya.

Izreen yang juga pelakon drama Ahli Mesyuarat Tingkap turut menganggap tindakan pihak terbabit sekadar ingin meraih perhatian menerusi akaun palsu yang diwujudkan.

Malah, Izreen yakin dan percaya segala tindakan dan fitnah yang disebarkan itu akan mendapat balasan daripada Allah kelak.

“Saya sudah puas dikecam, namun tetap berdiam diri. Saya sabar dan anggap ini dugaan

Allah. Saya percaya Allah Maha Adil. Walaupun pihak berkenaan berselindu­ng di sebalik akaun palsu, Allah ada. Allah tidak pernah tidur.

“Saya malas nak berdebat isu ini, apa saya lakukan adalah berdoa semoga Allah memberikan hidayah kepada pihak terbabit. Kalau dia seorang wanita dan ada anak, saya harap dia tidak berdepan isu seperti ini.

“Mana tahu suatu hari nanti dia datang melutut minta maaf kepada saya. Jadi, ketika itu baru dia sedar apa dilakukan adalah salah. Jika betul niat individu ini ingin menjatuhka­n saya, tidak mengapa. Teruskan niat kotor anda. Saya sentiasa percaya kepada rezeki Allah dan kuasa doa,” katanya.

TERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI BIASA

Berkongsi mengenai perkahwina­nnya dengan Muhammad Radzi pada 8 Ogos lalu, Izreen berkata, dia menjalani kehidupan biasa seperti orang lain.

“Kalau boleh saya malas nak terlalu bercerita mengenai perkara ini. Kalau saya bercerita lebih, orang kata lain pula.

“Disebabkan itu saya jarang berkongsi mengenai perkara ini termasuk di media sosial. Biarlah saya menjalani kehidupan perkahwina­n ini seperti orang lain. Saya reda dengan apa saja tanggapan orang terhadap saya.

“Apa yang penting sekarang, saya gembira di samping anak dan keluarga. Terima kasih kepada rakan dan orang sekeliling yang sentiasa ada bersama saya saat susah dan senang. Terima kasih juga kepada peminat yang tidak berhenti memberi sokongan,” katanya.

Mengenai kerjaya lakonan pula, Izreen baru selesai menjalani penggambar­an drama

Geng Tadarus yang bakal ditayangka­n di TV2.

“Alhamdulil­lah, tawaran berlakon tidak pernah putus. Seperti dikatakan, saya percaya kepada rezeki Allah. Cuma saya terkilan apabila ada segelintir pihak yang sentiasa cuba menjatuhka­n saya dengan mewujudkan akaun peminat palsu semata-mata untuk memboikot drama lakonan saya.

“Bagi mereka yang pernah bekerja dengan saya, mereka lebih tahu. Malah, mereka percaya dengan komitmen dan bakat yang saya ada,” katanya. -Sudirman

Mohd Tahir

Izreen berserah kepada Allah dan percaya kuasa doa

 ??  ?? Apa yang penting sekarang, saya gembira di samping anak dan keluarga. Terima kasih kepada rakan dan orang sekeliling yang sentiasa ada bersama saya saat
susah dan senang
Apa yang penting sekarang, saya gembira di samping anak dan keluarga. Terima kasih kepada rakan dan orang sekeliling yang sentiasa ada bersama saya saat susah dan senang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia