Harian Metro

Jaguh rentas denai

- Shuhada Mansor rencana@hmetro.com.my

Melihat kepada susuk tubuh dan staminanya, pasti sesiapa pun sukar meneka usia jaguh pelari denai Malaysia ini sebenarnya sudah mencecah angka 50-an.

Menjengah usia 52 pada tahun ini, Mohd Puzi Dolah atau lebih mesra dipanggil Puzi tidak menganggap usia sebagai penghalang untuk dia meneruskan minatnya dalam sukan ekstrem ini.

Sememangny­a untuk menjadi pelari denai profesiona­l dan aktif menyertai pelbagai acara di peringkat antarabang­sa memerlukan latihan secara konsisten.

Meskipun mempunyai kerjaya tetap sebagai pentadbir pejabat di salah sebuah syarikat di Shah Alam, Selangor, Puzi bijak membahagik­an masa untuk bergiat aktif dalam sukan ini.

Bagi mengekalka­n stamina, dia berlatih sama ada sebelum atau selepas waktu kerja diikuti latihan panjang yang ditetapkan pada hujung minggu.

“Kalau ditanya sejak bila saya berjinak-jinak dengan hobi larian ini, ia bermula dengan penyertaan dalam cabaran perlumbaan Mild Seven Outdoor Quest China 1997. Salah satu acara dalam MSOQ ini adalah larian denai dan itu yang menjadi titik tolak awal.

“Perlumbaan pertama saya The Most Beautiful Thing (TMBT) 100 kilometer (km) Ultra

Trail Marathon di Sabah pada 2011. Saya berjaya menamatkan­nya dalam masa 17 Jam.

“Lepas ambil kira rekod masa yang agak baik untuk penyertaan pertama, saya teruskan.

“Pada acara TMBT itu, ada peserta lain berbincang untuk menyertai perlumbaan berikutnya iaitu Vibram Hong Kong 100.

“Saya mula ‘buat’ kawan dan dengan bantuan tiket penerbanga­n serta penginapan dari mereka, saya ke sana,” katanya yang bersyukur menjadi rakyat Malaysia pertama tamatkan perlumbaan itu.

Malah turut berbangga apabila dianugerah­kan pingat emas kerana berjaya menamatkan­nya di bawah 15 jam.

Berkongsi pahit manis sepanjang pembabitan­nya, Mohd

Puzi berkata, kenangan paling indah ialah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama dan satusatuny­a orang Asia yang berjaya menghabisk­an Transpyren­ea Ultra 870 km. Mountain Trail 2016 adalah kenangan paling berharga yang tidak dapat dilupakan.

“Sepanjang 16 hari saya berlari bermula dari Laut Mediterran­ean melintasi pergununga­n Transpyren­ea hingga ke garisan penamat di lautan Atlantik, memang satu pencapaian membanggak­an untuk saya secara peribadi.

“Tidak ada yang pahit cuma apabila terdedah dengan suhu terlalu sejuk pengaliran darah terhenti menyebabka­n kaki dan jari tangan membeku ketika berada di Montane Spine Race bulan lepas.

“Saya tidak anggap ini kemalangan tetapi sebagai pengajaran membaiki kelemahan dan lebih bersedia untuk seterusnya,” katanya.

Sepanjang pembabitan­nya, Mohd

Puzi sudah menyertai tiga acara larian dengan jarak melebihi 300km, lebih 30 acara di bawah jarak 100km, lima (160km) dan sembilan bagi acara 100km.

Mohd Puzi berkata, selain larian, dia juga gemar berkayak, berbasikal dan mendaki tebing batu jika ada kelapangan.

“Impian terbesar saya dalam sukan ini, ingin menyertai dan menamatkan semua perlumbaan ‘Cabaran 5 Legenda.’

“Ia membabitka­n lima perlumbaan paling ekstrem pernah dicatat dengan semuanya memiliki trak dan cuaca berbeza.

“Jarak melebihi

300km dengan laluan merentasi gurun, salji, ais dan cabaran cuaca melampau membabitka­n lokasi di Oman, Kanada, Itali, United Kingdom dan Perancis.

“Tidak ada yang mustahil. Lakukan sesuatu perkara yang kita suka sepenuh hati. Jika ia ekstrem, cabar diri anda dan cabaran tanpa risiko, bukan cabaran namanya,” katanya.

 ??  ?? MOHD PUZI boleh dianggap raja dalam kalangan pelari denai Malaysia.
MOHD PUZI boleh dianggap raja dalam kalangan pelari denai Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia