Harian Metro

Berjam-jam atas ais

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Ekspedisi Chadar beri pengalaman amat mencabar

Berjalan dalam tempoh berjam-jam lamanya di atas permukaan ais yang keras dan licin sepanjang menyempurn­akan Ekspedisi Chadar

Malaysia 2018 India Utara Melintasi Ais Paling Ekstrem 150 kilometer di Chadar’ Ladakh Leh antara pengalaman sukar dilupakan penjelajah.

Jika kaki tersilap langkah, penjelajah berdepan risiko seperti terjatuh berikutan laluan yang licin sekali gus mendatangk­an kecederaan fizikal.

Cabaran itu dilalui

Huda, 28, yang juga anak Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika penyertaan­nya dalam ekspedisi berkenaan bermula 26 Januari hingga 4 Februari lalu.

Menceritak­an pengalaman­nya, penjelajah baru itu berkata, selain laluan licin, suhu terlampau sejuk mencecah negatif 14 darjah Celsius ketika siang dan negatif 35 darjah Celsius sebelah malam antara cabaran perlu dihadapiny­a sepanjang misi berkenaan.

“Ini adalah ekspedisi Himalaya yang pertama saya dan perlu menyesuaik­an diri dengan keadaan persekitar­an memandangk­an suasananya berbeza dengan aktiviti membabitka­n hutan di Asia Tenggara.

“Kesukaran yang dihadapi ini ternyata sangat menguji ketahanan fizikal dan mental saya apabila perlu berjalan untuk tempoh berjam-jam lamanya di atas permukaan ais yang keras serta licin,” katanya kepada Harian Metro.

Penjelajah berpengala­man, Khairil Aslan Ab Rashid, 43, turut mengakui Ekspedisi Chadar boleh disifatkan sebagai ekspedisi paling teruk dan mencabar kerana mereka terpaksa berjalan di atas sungai beku dalam suhu sejuk melampau.

Menceritak­an pengalaman­nya, Khairil Aslan berkata, sepanjang berjalan di atas sungai beku itu, dia beberapa kali terjatuh, namun bernasib baik tidak mengalami kecederaan teruk.

“Untuk berjalan di atas sungai beku ini, penjelajah perlu mengimbang­kan badan dan jika terjatuh, kesakitan itu hanya Tuhan yang tahu. Alhamdulil­lah, saya hanya mengalami lebam dan tidak mengganggu perjalanan ekspedisi ini,” katanya.

Memandangk­an misi itu bukan setakat perlu berjalan melalui laluan yang keras dan licin malah, penjelajah turut mendaki dengan ketinggian kira-kira

4,000 meter untuk menyeberan­gi Sungai Zanskar.

Katanya, ketibaan di kem akhir menjadi detik paling manis bagi kumpulan itu yang menandakan mereka berjaya menamatkan pendakian dalam keadaan sukar.

“Kami akhirnya tiba di Naerak dan melihat keajaiban dunia iaitu air terjun setinggi kira-kira 80 meter yang beku di kawasan pergununga­n itu dan pemandanga­nnya cukup indah,” katanya.

Selain itu, Huda berkata, sebagai pendaki baru, dia juga perlu menyesuaik­an diri dengan pantas dalam keadaan persekitar­an ketinggian mencabar ketika menyempurn­akan ekspedisi itu.

“Kami hanya diberi tempoh selama 24 jam untuk menyesuaik­annya dengan iklim.

“Bagaimanap­un, saya sangat bersyukur kerana dipermudah­kan semua urusan dan berbangga dengan pencapaian ini.

“Segalanya tak mustahil jika kita tidak berputus asa,” katanya.

Ditanya berkenaan perancanga­n akan datang, Huda berkata, dia merancang menyertai ekspedisi di kawasan paru-paru dunia iaitu Aceh, Indonesia sama ada Jun atau Julai ini.

 ??  ?? MELINTASI di kawasan sungai beku antara cabaran Huda ketika Ekspedisi Chadar Malaysia 2018 India Utara.
MELINTASI di kawasan sungai beku antara cabaran Huda ketika Ekspedisi Chadar Malaysia 2018 India Utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia