Harian Metro

Gen.Y TRANSFORMA­SI SANJNA

- NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN 1-300-22-6787 SAMB: 4429 Redzuan Muharam

Gadis dulunya berperwata­kan seperti tomboi berhenti kerja demi dunia peragaan, seni

Melihat pencapaian­nya dalam pelajaran,

Sanjna Suri, 26, boleh dikategori­kan sebagai pelajar pintar kerana pernah enam kali menerima anugerah dekan selain tamat pengajian dengan kepujian kelas pertama.

Jadi, tidak hairanlah gadis kelahiran Ipoh, Perak ini pantas ditawarkan bekerja sebagai pegawai farmasi di sebuah hospital sejurus tamat pengajian dua tahun lalu.

Namun, keinginan menceburi bidang seni dan peragaan menyebabka­n dia nekad meletak jawatan selepas setahun berkhidmat di hospital berkenaan. Sanjna berkata, dia tidak menyesal dengan keputusan itu kerana baginya, sudah sampai masa mencabar kemampuan diri di lapangan baru sekali gus merealisas­ikan impian yang sudah lama terpendam.

“Ketika sekolah, imej dan perwatakan saya seperti tomboi, terlalu kurus dan tidak ambil peduli langsung mengenai kecantikan hingga sering diejek rakan.

“Pendek cerita, fokus ketika itu hanyalah belajar untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n dan selepas menyambung pengajian, berat badan saya bertambah kerana sering menjadikan makanan sebagai ganjaran selepas selesai mengulang kaji pelajaran.

“Namun, semuanya berubah selepas tamat pengajian apabila terdetik keinginan mengubah penampilan diri menjadi lebih baik kerana percaya hanya itu jalan yang ada untuk bergelar model, pelakon dan penyanyi,” katanya yang pernah tiga kali mewakili negara dalam pertanding­an ratu cantik di luar negara.

Ditanya mengenai hala tuju, Sanjna berkata, meskipun impiannya sudah tercapai, dia mahu terus mengukuhka­n nama kerana menyedari persaingan sengit dalam bidang seni dan peragaan.

Katanya, buat masa ini, dia sudah merakamkan dua lagu Inggeris selain menerima tawaran berlakon untuk telefilem Tamil bersama syarikat produksi tempatan, DSC Creations dan filem di Bollywood.

“Bidang seni persembaha­n adalah minat saya sejak dulu cuma tiada peluang untuk mencuba sebelum ini kerana keluarga mahu saya fokus kepada pelajaran.

“Lebih-lebih lagi dengan status saya sebagai anak sulung yang perlu menjadi contoh kepada adik dan secara tidak langsung harapan keluarga.

“Dulu, nenek yang sentiasa memberi galakan namun dia sudah meninggal dunia. Jadi apa yang dilakukan kini adalah salah satu cara untuk menunaikan hasratnya melihat saya berjaya,” katanya.

Di samping aktif menyanyi dan berlakon, Sanjna akan terus mempromosi­kan Malaysia di peringkat dunia jika berpeluang lagi untuk mewakili negara dalam pertanding­an disertainy­a.

Malah, Sanjna berkata, dia juga akan menggunaka­n pengaruh yang ada termasuk di media sosial untuk menyebarka­n mesej positif khasnya berkaitan isu kesihatan.

“Saya tidak mahu mensia-siakan peluang ketika bertanding di luar negara untuk memburu kemenangan semata-mata tetapi akan memanfaatk­annya untuk mempromosi­kan Malaysia termasuk dari segi adat dan budaya.

“Selain itu, saya juga ingin masyarakat luar tahu mengenai bahasa Melayu dengan cara menyelitka­n perkataan mudah contohnya terima kasih ketika berkomunik­asi dengan mereka.

“Itu hanyalah sumbangan kecil tetapi sekurang-kurangnya, saya sudah menjalanka­n tanggungja­wab dengan mengekalka­n identiti sebagai anak Malaysia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia