Harian Metro

Si Manis Barista

- Kusyi Hirdan

Nurul, Tan mahu jadikan sebagai kerjaya

sebaik tamat belajar di kolej

Apakah barista? Pembancuh kopi? Apa beza pembancuh kopi dan barista?

Beza yang paling ketara ialah lokasi kerjaya itu sendiri. Pembancuh kopi selalunya berada di belakang atau tepi gerai makan yang menjual pelbagai makanan lain. Barista pula adalah seseorang yang berada di bahagian paling depan kedai, membancuh kopi di hadapan umum dan kedai itu pula jualan utamanya ialah kopi!

Perkataan barista berasal daripada bahasa Itali. Ia bermaksud seseorang lelaki atau wanita yang terlatih membancuh kopi sebagaiman­a ‘bartender’.

Barista mula menjadi perhatian apabila drama bersiri Korea

Selatan, Coffee Prince lakonan

Yoon Eun-hye dan Gong Yoo pada 2007 mengangkat kerjaya itu menjadikan ia begitu glamor. Kedai kopi yang menjadi lokasi penggambar­an masih dikunjungi pelancong seluruh dunia yang menonton siri itu.

Penggemar kopi sentiasa ada

Nurul Ain sedar, kerjaya ini memerlukan banyak latihan bagi menimba pengalaman. Anak kedua daripada empat beradik itu mengakui mula-mula belajar memang susah, tetapi dia tidak jemu berlatih setiap hari untuk mahir.

Barista yang mahu menghasilk­an kopi perlu mempunyai kopi, susu dan mesin membancuh kopinya.

“Untuk membuat seni kopi contohnya bentuk hati pada lapisan permukaan minuman menuntut masa yang agak lama sebelum boleh menghasilk­an ‘hiasan’ yang cantik.

Tan turut menambah, barista perlu mengetahui teknik yang betul untuk mendapatka­n hasil seni yang baik.

“Sebagai contoh kena tahu tahap kepanasan susu yang digunakan. Sekiranya salah, kopi tidak akan menjadi. Semua itu kami perlu belajar,” katanya.

Nurul Ain dan Tan mengakui selepas beberapa bulan ‘hidup’ dalam dunia kopi, mereka memang tertarik dengan kerjaya sebagai barista. Kedua-duanya berazam mahu mempunyai kedai kopi sendiri suatu hari nanti.

Syarat jadi barista

Pendapatan sebagai barista juga agak lumayan. Namun bukan sebarang orang boleh menjawatny­a. Seseorang itu perlu meminati kerjayanya sepenuh hati. Bukan hanya tangkap muat atau sukasuka.

Aspek kedua yang tidak kurang penting di samping mempunyai latar belakang industri makanan ialah seseorang itu mesti suka bekerja dengan ramai orang dan bersikap mesra.

Orang pendiam, sukar senyum dan suka menyendiri memang tidak sesuai dengan kerjaya ini.

Antara ciri lain yang perlu ada termasukla­h:

Berkeyakin­an tinggi kerana anda sering diperhati orang ketika membancuh kopi dengan kreatif. Bukanlah barista namanya sekiranya anda mahu membancuh kopi secara sembunyi.

Mahir bercakap dan berinterak­si dengan pelanggan yang menunggu kopi mereka.

Cipta keistimewa­an pada kopi yang dibuat. Persembaha­n hidangan yang kreatif.

Memastikan stesen kerja bancuh kopi sentiasa bersih, kemas dan bergaya.

Ruang membancuh dan ruang duduk pelanggan yang selamat dan selesa.

Boleh bekerja pantas. Kemampuan menghidang­kan kopi yang sedap dan menepati selera pelanggan tidak berguna sekiranya ia terlalu lambat disiapkan. Berlatihla­h supaya anda cekap dan menepati masa.

Jika bekerja secara berkumpula­n, pupuklah suasana yang mesra dan ceria. Jangan mengumpat atau bergaduh di hadapan pelanggan.

Dapatkan kelulusan sebagai barista dengan belajar di institusi yang menawarkan kursus berkenaan. Ini supaya anda mendapat pengesahan sijil, skil dan teknik yang betul, membentuk personalit­i bersesuaia­n dan juga pengalaman berharga.

Kopi yang sedap terhasil selepas barista mempelajar­i teknik dan skil yang betul. Ilmu perlu sentiasa ditambah sejajar perubahan zaman.

Sebagai barista anda perlu menyediaka­n secawan kopi dengan tangkas dan boleh melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Barista bukan saja membuat kopi tetapi memanaskan pastri atau donut, memotong kek dan menyediaka­n bil.

Kenali pelanggan anda. Ada yang mesti mendapatka­n kopinya setiap pagi, petang atau ketika waktu rehat dan bersendiri. Setiap satu unik dan anda harus pandai mengenali mereka. Mana yang mahu bersembang dan mana yang mahu dibiarkan sendiri? Biarlah minuman yang anda hasilkan bukan sekadar secawan kopi tetapi menggembir­akan hati yang gundah.

 ??  ?? NURUL dan Tan berkongsi minat sama.
NURUL dan Tan berkongsi minat sama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia