Harian Metro

Sasaran 10,000 gambar

-

DARI MUKA H47

“Seminar Latihan Fotografi dan KREATIF. MY berlangsun­g di Dewan Datuk Onn Bangunan UMNO Bahagian Hulu Terengganu, baru-baru ini ialah siri kedua membabitka­n 150 peserta selepas Politeknik Kota Kinabalu pada 3 Februari lalu.

“Kami akan meneruskan program ini di beberapa lokasi terpilih membabitka­n tujuh negeri yang bakal memberi manfaat kepada lebih 3,000 peserta.

“Bagi platform KREATIFMAR­KET.MY, ketika ini jumlah gambar dikenal pasti berpotensi menepati permintaan pasaran mencecah hampir 3,000 gambar dan kami menyasarka­n 10,000 gambar bagi tahun ini sebelum membuka platform berkenaan kepada pelanggan berpotensi seperti dari bidang pengiklana­n mahupun pemasaran.

“Ketika ini foto memaparkan wajah atau medium tempatan sangat kurang. Gambar yang digunakan untuk tujuan komersial selalunya daripada medium luar tidak mencermink­an estetika Malaysia. Kami berharap dengan platform komersial ini, ia akan membentuk atmosfera sihat dan selamat membabitka­n penggunaan pengkarya foto atau gambar tempatan.

“Usaha ini penting selaras dengan landskap perniagaan global yang menjurus kepada peralihan ekonomi digital. MYNIC memainkan peranan dalam merancang pelbagai program dan inisiatif berteraska­n ekonomi digital untuk terus kompetitif serta relevan kepada persekitar­an perniagaan moden,” katanya.

Menerusi program itu peserta diberi pendedahan dan perkongsia­n asas seni fotografi yang secara tidak langsung membuka peluang mereka menjadi usahawan dalam talian.

Peserta seminar berkenaan, Ahmad Irman Hakimi Razak berkata, selaku peniaga dalam talian, dia amat mengalualu­kan kewujudan platform sedemikian yang boleh membantuny­a memperoleh pendapatan sampingan pasif.

“Sebagai peniaga kami sentiasa memuat naik gambar terbaru untuk menarik pelanggan. Ada masanya dikenakan bayaran untuk mempopular­kan akaun kami.

“Kini dengan adanya KREATIFMAR­KET.MY sekurang-kurangnya kami boleh mencari pendapatan lain melalui perkara yang biasa kami lakukan iaitu memuat naik gambar. Ia boleh menjana pendapatan sampingan untuk mengukuhka­n lagi perniagaan sedia ada,” katanya.

Pelajar Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu (HUTECS) Izzah Fatihah Mohd Sohardi berkata, menerusi bengkel ini isu berbangkit termasuk skil dan hak pemilik gambar dapat dilindungi.

“Isu perundanga­n membabitka­n pemilik gambar kurang diketahui terutama golongan muda seperti saya. Penekanan aspek itu memberi gambaran jelas mengenai hak kami dan manfaat diterima apabila menggunaka­n saluran yang betul.

“Saya berharap dengan program ini lebih ramai memperoleh manfaat dan menjadikan platform ini sepopular platform antarabang­sa lain. Pada masa sama ia boleh membantu mengetenga­hkan bakat tempatan ke peringkat nasional sehinggala­h global,” katanya.

Sementara itu Pegawai Khas Ahli Parlimen Hulu Terengganu Alias Abdullah berkata, pihaknya berharap penganjura­n program sebegini dapat diteruskan kerana ia membantu peniaga dalam talian Hulu Terengganu.

“Saya rasa inisiatif ini lebih dekat dengan generasi muda yang dapat membantu mengenali peluang menjana pendapatan dan secara tidak langsung menyokong ekonomi isi rumah,” katanya.

Dalam program sama, 10 pengamal media turut berpeluang menggunaka­n platform KREATIFMAR­KET. MY. Pembaca yang berminat menyertai platform sama boleh melayari kreatifmar­ket.myatau www. mnic.my. -Nurul Husna Mahmud

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif MYNIC Datuk Hasnul Fadhly Hasan (tengah) bersama peserta ketika seminar.
KETUA Pegawai Eksekutif MYNIC Datuk Hasnul Fadhly Hasan (tengah) bersama peserta ketika seminar.
 ??  ?? PENDEKATAN interaktif digunakan penceramah KREATIFMAR­KET.MY, Yaser Mohd Akhir.
PENDEKATAN interaktif digunakan penceramah KREATIFMAR­KET.MY, Yaser Mohd Akhir.
 ??  ?? TEKNIK diajar menerusi telefon pintar.
TEKNIK diajar menerusi telefon pintar.
 ??  ?? PESERTA mengambil kesempatan mencuba sendiri.
PESERTA mengambil kesempatan mencuba sendiri.
 ?? Hasnul ?? Kami akan meneruskan program ini di beberapa lokasi terpilih membabitka­n tujuh negeri yang
bakal memberi manfaat kepada lebih 3,000
peserta
Hasnul Kami akan meneruskan program ini di beberapa lokasi terpilih membabitka­n tujuh negeri yang bakal memberi manfaat kepada lebih 3,000 peserta
 ??  ?? TELEFON pintar sudah memadai untuk menangkap gambar.
TELEFON pintar sudah memadai untuk menangkap gambar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia