Harian Metro

REMAJA MUDAH TERJEBAK

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Satu ulasan ilmiah diterbitka­n Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai Kajian Merokok di Malaysia 2016 melaporkan lima juta perokok negara ini terdiri daripada individu berusia bawah 18 tahun pada 2010.

Sementara penemuan lain lima tahun berikutnya mendapati setiap seorang daripada 10 rakyat Malaysia daripada kumpulan umur 13 tahun hingga 17 tahun adalah perokok.

Jurnal yang sama turut menyatakan wujud kes perokok dalam kalangan murid sekolah rendah berdasarka­n kajian di Kelantan selain pelajar menengah rendah di kawasan FELDA mencatat peratusan sekali ganda lebih tinggi (42.9 peratus) berbanding sekolah pinggir bandar dan bandar (20.3 peratus).

Laporan terbabit secara tidak langsung memberi gambaran masalah moral iaitu merokok dalam kalangan remaja negara amat membimbang­kan dan wajar ditangani segera.

Menurut Pakar Psikologi Jiwa Damai Shah Alam Selangor Faeza Hasnan, pada usia remaja masih mencari identiti selain mempunyai sifat ingin tahu tinggi yang menyebabka­n mereka dilihat sebagai golongan mudah terjebak dengan pengaruh negatif.

“Selain pengaruh rakan, media sosial menjadi elemen penting yang menarik perhatian remaja untuk mencuba sesuatu termasuk merokok. Penerimaan sosial sangat penting pada mereka menyebabka­n ada yang sanggup mengambil risiko serta menerima cabaran agar dilihat mengikut peredaran zaman.

“Kalau remaja tidak merokok mereka dilihat tidak ‘in’ dengan semasa. Tetapi, dalam kebanyakan kes membabitka­n remaja bermasalah ia dilihat sebagai cara untuk melepaskan tekanan selain faktor lain iaitu keluarga apabila ibu bapanya perokok,” katanya.

Kata Faeza, penting untuk mengenal pasti punca yang menyebabka­n golongan itu merokok dalam mencari penyelesai­an masalah terbabit.

“Contohnya remaja merokok disebabkan masalah emosi, tabiat mereka lebih agresif dan jumlah rokok diambil biasanya lebih banyak dan kerap. Berbanding kalau perokok yang berniat untuk kurus, sikap terhadap rokok berbeza dan ia biasanya berlaku pada remaja perempuan.

“Tidak dinafikan pengaruh televisyen dan media sosial menyebabka­n remaja ini ada perspektif sebegini kerana kalau dilihat filem atau drama terutama luar negara memaparkan pelakon wanita seksi dengan rokok di jari. Jadi imej itu kelihatan menarik pada remaja membuatkan mereka menjejak langkah terbabit,” katanya.

 ??  ?? KEMPEN Tak Nak Merokok perlu terus dipergiatk­an. Dalam kebanyakan kes membabitka­n remaja bermasalah merokok dilihat sebagai cara untuk melepaskan tekanan selain faktor lain iaitu keluarga apabila ibu bapanya perokok
KEMPEN Tak Nak Merokok perlu terus dipergiatk­an. Dalam kebanyakan kes membabitka­n remaja bermasalah merokok dilihat sebagai cara untuk melepaskan tekanan selain faktor lain iaitu keluarga apabila ibu bapanya perokok
 ??  ?? FAEZA berkongsi mengenai kajian
membabitka­n perokok bawah
umur.
FAEZA berkongsi mengenai kajian membabitka­n perokok bawah umur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia