Harian Metro

Jualan hebat kembali

-

Peminat hiasan rumah dan perabot boleh merancang mengubah hiasan ruang dalam kediaman mereka menerusi tawaran jualan hebat IKEA bakal kembali Mac ini.

Jenama tersohor dari Sweden itu menawarkan lebih 100 pilihan produk ikonik bermula 1 hingga 11 Mac nanti di semua rangkaiann­ya iaitu IKEA Damansara, Cheras dan Tebrau.

Ini sebagai menghargai pelanggan serta peminat mereka untuk menikmati barangan berkualiti pada harga lebih rendah.

Sementara buat ahli IKEA FAMILY pula, jualan eksklusif yang berlangsun­g sehari saja iaitu pada 28 Februari nanti. Mereka diberi keutamaan memilih serta menikmati penguranga­n harga terbaik pada produk popular seperti almari Briem di cawangan IKEA Damansara dan Cheras sahaja sementara IKEA Tebrau pula ialah produk troli Raskog.

Lebih istimewa Ahli IKEA FAMILY juga boleh membeli menu sarapan pagi Marinated Salmon Croissant pada harga di RM1 di mana-mana Restoran IKEA ketika prajualan eksklusif.

Di samping itu, buat 200 ahli IKEA FAMILY pertama di setiap gedung IKEA yang membuat pembelian minimum RM350 dalam satu resit dari 28 Februari hingga 11 Mac 2018 akan menerima Kad Hadiah IKEA RM20. Terdapat juga 50 peratus diskaun pada caj perkhidmat­an penghantar­an dengan pembelian minimum RM3,000 dalam satu resit tunggal.

Semua orang dijemput untuk mendaftar ahli IKEA FAMILY secara percuma bagi menikmati peluang menyertai sesi prajualan khusus ditawarkan pada ahli sahaja.

Dengan keahlian IKEA FAMILY banyak kelebihan dinikmati termasuk idea produk terbaru, layanan istimewa dan ganjaran menarik. Setiap bulan, mereka turut mendapat diskaun eksklusif untuk pilihan barangan dari pelbagai produk IKEA.

Bagi yang masih belum mendaftar sebagai ahli IKEA, boleh mendaftar secara percuma di kiosk FAMILY di mana-mana cawangan IKEA atau ke laman web IKEA.my/ FAMILY/register.

 ??  ?? TROLI Rascog pada harga istimewa untuk ahli IKEA
FAMILY di IKEA Tebrau.
TROLI Rascog pada harga istimewa untuk ahli IKEA FAMILY di IKEA Tebrau.
 ??  ?? ALMARI Briem boleh dibeli pada harga RM89 berbanding harga asal RM119.
ALMARI Briem boleh dibeli pada harga RM89 berbanding harga asal RM119.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia