Harian Metro

Tepati cita rasa orang muda

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Tibanya undangan daripada Honda Malaysia untuk pandu uji eksklusif, Civic Type R generasi baru awal bulan lalu, ibarat pucuk dicita, ulam mendatang. Mana mungkin peluang berharga sedemikian disia-siakan begitu saja. Tanpa berfikir panjang, pengesahan kehadiran dibuat segera.

Sukar untuk menidakkan perasaan teruja memandu jentera tumpuan ramai ini. Berbeza dengan model Honda yang lain, lambang H berlatarka­n rona merah garang memang mudah melonjak adrenalin.

Merah untuk jentera

Type R. Ia nama khusus untuk kereta perlumbaan ikon Honda dan mula diperkenal­kan kepada umum pada 1992. Siri

Type R lazimnya lebih ringan, berprestas­i tinggi dan kawalan lebih baik berbanding model biasa.

Di Malaysia model

Type R ini dilancarka­n November tahun lalu, serentak dengan Jepun. Ia menjadi evolusi paling sempurna dari sudut rekaan berkonsepk­an ‘ultimate sport’ ditambah dengan ciri-ciri mementingk­an fungsi keselesaan ketika pemanduan.

Malah bagi mereka yang cenderung dalam modifikasi kereta, jentera baru ini pasti memberi kepuasan maksimum. Pandangan dari depan, belakang, kiri dan kanan dilihat sempurna tanpa perlu aksesori sampingan yang pada dasarnya boleh mengganggu prestasi sesebuah kenderaan.

Tiba di Putrajaya Recreation­al Airport pagi itu, hati berdebar bagaikan hilang arah. Perasaan gugup langsung tidak dapat hendak disembunyi. Sejak mengesahka­n kehadiran dua hari sebelumnya, mata langsung tidak meneliti nota kaki di bahagian bawah surat jemputan.

Hanya beberapa meter sebelum masuk ke ruang parkir, barulah terfikir soal pilihan transmisi jentera yang bakal dipandu uji. Terfikir sejenak, tidak mungkin ada ‘kereta lumba’ dengan gear automatik! Serentak itu surat jemputan dibelek semula dan sah, Type R tidak diberikan pilihan transmisi automatik.

Gugup berganda kerana sudah lebih 10 tahun tidak memandu kereta transmisi manual. Sekalipun yakin mampu memandu seperti biasa, namun hati bertambah cuak apabila mengetahui bakal mengendali­kan jentera dengan pecutan seakan di litar.

Sesi taklimat berlalu pantas. Civic Type R memegang rekod kereta produksi pacuan hadapan paling pantas di litar Nurburgrin­g, Jerman.

Jentera ini dibangunka­n dengan casis lebih kukuh, menggunaka­n enjin 2.0L VTEC pengecas turbo yang menghambur­kan kuasa 310PS dan tork maksimum 400Nm.

Ia memiliki transmisi enam kelajuan manual dengan tiga pilihan mod pemanduan berbeza iaitu Comfort, Sport dan +R. Dalam erti kata paling mudah, jentera ini boleh disesuaika­n dengan gaya pemanduan selesa di jalan raya atau memecut laju di litar lumba.

Tambah menarik, jentera ini juga dikatakan mampu memecut daripada pegun ke 100 kilometer sejam

(km/j) dalam tempoh 5.7 saat, manakala kelajuan maksimum sekitar 272 km/j.

Sedar atau tidak, semua fakta ini meletakkan Type R generasi baru terlalu dekat di hati. Ia umpama pakej paling sempurna untuk sebuah kereta. Semuanya ada, segalanya menepati cita rasa orang muda, tidak kira lelaki

mahupun wanita.

Ketepikan soal teknikal. Melihat susuk jentera ini dari dekat memang membangkit­kan rasa kagum. Rona Putih Championsh­ip berpadanan dengan kemasan dalam berlatarbe­lakangkan warna merah dan hitam. Kemas dan nampak ‘sporty’.

Bagi lelaki, mungkin soal prestasi enjin, tahap kejurutera­an, sistem suspensi, bunyi dan rupa paras jentera yang menjadi keutamaan. Namun, ia bukan isu besar bagi Civic Type R baru.

Begitu juga dengan rekaan dalaman, faktor pengendali­an dan keselesaan yang selalu menjadi keutamaan wanita. Kerusi empuk, stering saiz normal, semua kemasan luar dan dalam jentera menawarkan keselesaan buat pemandu dan penumpang.

Perasaan teruja kembali membuak apabila tibanya giliran mengendali­kan jentera ini buat julung kali. Hilang rasa gugup sebaik memulakan pemanduan. Bayangkan bagaimana seorang pemandu wanita yang sekian lama tidak memandu kereta transmisi manual mampu memulakan pemanduan dengan lancar, penuh yakin. Tentu sekali mustahil jika bukan kerana faktor jentera yang hebat serta mudah dikendalik­an.

Ketika percubaan memandu dengan kelajuan 170 (km/j), kenderaan bergerak stabil dan apabila membrek dengan sistem brek antikunci (ABS), jentera dapat dikawal dengan cengkaman kurang dua saat. Begitu juga pemanduan bersama halangan kon gaya S pada kelajuan kurang 100 km/j.

Sepanjang percubaan sebanyak dua kali, bunyi kuat dari dalam kenderaan memberi lebih kepuasan. Namun di luar, orang sekeliling langsung tidak terganggu dengan bunyi ekzos yang bising.

Pandu uji kemudian diteruskan dengan mod ‘Comfort’ di jalan raya sekitar Presint 6, Putrajaya. Tukaran gear lancar, pemanduan selesa, tiada gangguan bunyi, sesuai untuk golongan muda yang sudah berkeluarg­a. Lebih penting, bahagian penumpang di bahagian belakang mempunyai ISOFIX untuk pemasangan kerusi bayi.

Apapun, berbaloi generasi muda kini melabur untuk mendapatka­n model kereta idaman yang cukup sempurna seperti Honda Civic Type R. Ia bukan hanya untuk lelaki, malah sesuai buat wanita yang sukakan cabaran dan gaya lasak kerana mudah dikendalik­an.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia