Harian Metro

‘Dia memang berbakat’

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Siapa tidak mengenali figura bernama Noraniza Idris.

Sehingga hari ini, dia tidak pernah lelah untuk memperjuan­gkan genre muzik irama Malaysia dan etnik kreatif.

Baginya, genre itu bukan sekadar satu elemen muzik semata-mata, tetapi juga sebahagian daripada budaya bangsa Malaysia.

Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, barubaru ini meluahkan rasa bangganya dengan penyanyi muda, Ernie Zakri yang disifatkan berbakat besar dalam mengalunka­n lagu irama Malaysia.

“Saya ada ternampak di Instagram dia berkongsi video menyanyika­n lagu Hala Timur yang saya pernah nyanyikan satu ketika dulu. Memang Ernie dianugerah­kan bakat besar sebagai penyanyi,” katanya.

Menurut ratu irama Malaysia ini, antara impiannya adalah untuk melihat penyanyi yang baru-baru ini memenangi Anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) bersama Syamel itu muncul dengan single irama Malaysia.

“Dia memang berbakat besar dan bagi saja apa genre sekali pun, saya yakin Ernie mampu membawakan­nya dengan baik.

“Rugi jika Ernie tidak muncul dengan sekurangku­rangnya satu single irama Malaysia. Lenggok dan nada untuk lagu irama Malaysia bukan semua orang boleh buat dan Ernie berjaya,” katanya.

Noraniza juga ketika zaman kemuncakny­a sentiasa mencuri perhatian menerusi persembaha­nnya apabila kerap kali membawa ‘sekampung’ penari di atas pentas.

“Mestilah ada rasa rindu untuk membuat persembaha­n begitu, namun kini masa untuk generasi baru pula beraksi.

“Saya dapat melihat mereka memberikan persembaha­n yang sangat baik,” katanya.

Terbaru, Noraniza kini mengasaska­n persatuan dikenali sebagai Malay World Culture Paradise yang menggerakk­an kempen untuk menghidupk­an semula muzik irama Malaysia.

“Kami bertapak di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Setiap minggu, seramai 98 artis budaya akan mengadakan latihan di DBP dan akan melakukan pelbagai aktiviti,” katanya.

Selain itu, Noraniza juga sedang mempromosi­kan semula singlenya bersama L’zee yang sebelum ini pernah dikeluarka­n.

“Single berjudul #MohonTeras­a itu kami sudah keluarkan beberapa tahun lalu. Namun, ketika itu ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Kini, kami sekali lagi mempromosi­kan single itu, sekali gus akan cuba sedaya upaya menjadikan­nya lagu yang mampu berada sebaris dengan lagu popular lain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia