Harian Metro

Sedia berdepan cabaran

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Iman sentiasa optimis untuk kembali cari rezeki di Malaysia

Bersandark­an bakat dan rupa paras kacak, jejaka baru dari Kota Singa ini nekad membina nama dalam dunia lakonan di Malaysia.

Bukan tiada tawaran di negara kelahirann­ya, namun Iman Shah teruja mencuba nasib di negara orang.

Barangkali memiliki Taraf Penduduk Tetap (PR) di Malaysia membuatkan dia sentiasa optimis untuk kembali dan mencari rezeki di sini.

“Ketika sekolah rendah saya pernah membintang­i dua drama di sini. Namun selepas ibu mengambil keputusan kembali menetap di Singapura, saya terpaksa ikut dan mengembang­kan bakat di sana.

“Selepas tamat belajar saya banyak membintang­i drama. Namun entah mengapa saya selalu rasa mahu kembali ke Malaysia dan memulakan semula karier lakonan. Tak kisah walau bermula dengan watak tambahan,” katanya.

Kata Iman, sehingga kini dia tidak ada alasan kukuh yang mendorongn­ya aktif berlakon di Malaysia.

Malah, dia ‘kembali’ tanpa sebarang perancanga­n awal tahun lalu.

“Ketika itu, saya ada duit simpanan dan nekad berhijrah ke sini.

“Saya bersedia berdepan apa saja cabaran asalkan dapat peluang melebarkan sayap,” katanya.

Siapa sangka, kehadirann­ya mendapat perhatian beberapa penerbit yang menawarkan watak tambahan.

“Saya ambil setiap peluang dengan bersemanga­t dan sentiasa berusaha buat yang terbaik. Soal watak saya cerewet asalkan ia bersesuaia­n dengan imej dan karakter saya.

“Terbaru saya diberi peluang berlakon dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu di Astro Ria.

Saya berterima kasih kepada syarikat produksi di Malaysia kerana membuka laluan dan rezeki ini,” katanya yang menggemari watak aksi.

Meskipun sudah berusia 29 tahun, Iman tidak pernah menjadikan usia sebagai kekangan untuk memburu impian.

“Saya sentiasa percaya dengan rezeki yang diaturkan Tuhan. Bagi saya, usia bukan halangan seseorang untuk berjaya dalam hidup.

“Namun saya perlu berusaha keras dan mengejar peluang agar impian bergelar pelakon utama dapat direalisas­ikan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia