Harian Metro

Maut dijerut penyamun

- Zuliaty Zulkiffli news@nstp.com.my

Wanita warga ditemui mati dengan kesan jerutan dipercayai dibunuh dalam satu kejadian samun di rumahnya di Taman Malaysia di sini, kelmarin.

Mangsa, Kau Fu Eng, 71, ditemui anak perempuann­ya jam 5.45 petang apabila pulang daripada menghantar cucu mangsa ke kelas tuisyen.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalath­rash Wahid berkata, mayat mangsa ditemui dengan kesan jerutan pada leher mangsa.

Beliau berkata, suspek dipercayai masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci dan ketika kejadian, mangsa berada bersendiri­an di rumah itu.

“Suspek berkemungk­inan datang untuk menyamun tetapi mungkin berlaku pergelutan atau mangsa menjerit menyebabka­n suspek menjerut leher mangsa menggunaka­n kain sehingga mati.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati barang kemas mangsa bernilai

RM10,000 serta tablet dan beberapa jam tangan di rumah itu hilang.

“Setakat ini kami mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh seorang atau lebih namun pasukan forensik masih menjalanka­n siasatan dan turut dibantu Unit Anjing Pengesan K-9 Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mior Farid berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 2 petang hingga 5.45 petang dan hasil pemeriksaa­n mendapati keadaan bilik mangsa berselerak.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

KAU kerana membunuh.

Sementara itu, seorang lagi anak perempuan mangsa, Teoh Yean Sin, 41, berkata, kali terakhir dia dihubungi ibunya jam 7 pagi hari kejadian dan mendiang mengejutka­nnya untuk melakukan upacara sembahyang.

Katanya, ibunya sempat bertanyaka­n keadaan anaknya dan meminta dia supaya menjaga mereka semua dengan baik.

“Saya tak sangka penjenayah itu sangat kejam sampai nak bunuh ibu saya, kalau dia nak ambil barang ambillah, jangan sampai membunuh.

“Saya mengetahui kejadian ini selepas dihubungi kakak jam 5.45 petang menyuruh saya cepat pulang ke rumah kerana sesuatu berlaku terhadap ibu,” katanya di sini semalam.

Yean Sin yang juga seorang guru berkata, mendiang ibunya seorang yang sangat baik dan pernah tinggal bersamanya lima tahun lalu di Taman Dahlia, tetapi pulang untuk tinggal di rumah itu bersama kakak serta dua cucunya.

 Anak temui ibu tidak bernyawa dipercayai dibunuh perompak pecah masuk rumah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia