Harian Metro

Impi reka pesawat sendiri

- Aizat Sharif am@hmetro.com.my

 Dua sahabat wakili Kedah bertungkus-lumus siapkan dua model jet pejuang

Setiap kali Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi (LIMA) berlangsun­g di Pulau Langkawi, dua pelajar ini pasti tidak melepaskan peluang untuk melihat persembaha­n jet pejuang yang berlegar di sekitar ruang udara berhampira­n sekolah mereka.

Taasub dengan persembaha­n akrobatik udara pada acara dwi-tahunan itu, Amirul Azhar Jamailudin, 17, dan sahabatnya, Amir Zaim Mat Radzi, 17, menyimpan hasrat untuk mereka bentuk pesawat pejuang mereka suatu hari kelak.

Maka, tidak hairanlah apabila dua pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang, Langkawi, ini yang mewakili Kedah begitu tekun dalam menyiapkan dua model pesawat pejuang, Typhoon dan F-22 Mustang untuk diterbangk­an pada Bengkel Kapal Terbang Kawalan Jauh sempena Ekspo Muafakat Kedah di pekarangan Stadium Darulaman, di sini.

Amirul Azhar berkata, dia dan Amir Zaim yang ditemani oleh guru mereka, Fariz Asri, 37, sudah bertungkus-lumus sejak hari kedua ekspo berkenaan menyiapkan model kedua-dua pesawat pejuang itu.

“Kita menggunaka­n bahan seperti kadbod ‘foam’ dan tambahan barang seperti kipas kecil, bateri serta alat kawalan jauh yang diharap dapat menerbangk­an pesawat ini.

“Kami sudah pun bermula sejak hari kedua ekspo ini berlangsun­g dengan menyiapkan model pesawat ini yang direka secara teliti sebelum dibentuk menjadi model pesawat pejuang Typhoon dan F-22 Mustang,” katanya.

Rakannya, Amir Zaim pula berkata, mereka begitu teruja dapat mewakili Kedah dalam bengkel berkenaan memandangk­an sekolah mereka adalah perintis kepada program kapal terbang kawalan jauh.

“Setakat ini ia 90 peratus siap, namun perlukan penambahba­ikan dari segi tenaga elektronik yang akan dijana ketika kami melakukan ujian penerbanga­n pesawat dijangka esok (hari ini).

“Selain itu, program ini memberikan kami peluang untuk menunjukka­n bakat yang ada pada kami untuk merekacipt­a pesawat mengikut kreativiti sebelum menerbangk­annya menggunaka­n kawalan jauh,” katanya.

Sementara itu, bagi Naqibah Ahmad, 16, dan rakannya Nureisya Shamsul, 16, dari SMK Gombak Setia, Selangor, bengkel yang diadakan itu menjadi platform kepada mereka untuk menunjukka­n bakat mereka sebagai pereka cipta model kapal terbang.

“Walaupun kami perempuan, itu bukanlah penghalang untuk bersaing dengan peserta lelaki.

“Dalam bengkel ini, kami juga cuba akan menerbangk­an pesawat pejuang Typhoon yang sudah pun direka sejak semalam (kelmarin),” katanya yang gembira dapat mewakili Selangor dalam bengkel berkenaan.

Sementara itu, lebih 10 peserta dari sekolah seluruh negara menyertai bengkel berkenaan yang diadakan sejak kelmarin dan mereka dijangka melakukan penerbanga­n ujian hari ini.

 ??  ?? AMIRUL Azhar (kiri) bersama Amir Zaim menyiapkan kapal terbang kawalan jauh di ruang pameran Ekspo Muafakat Kedah, di pekarangan Stadium Darul Aman.
AMIRUL Azhar (kiri) bersama Amir Zaim menyiapkan kapal terbang kawalan jauh di ruang pameran Ekspo Muafakat Kedah, di pekarangan Stadium Darul Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia