Harian Metro

Syedewa pukau pengunjung

-

Alor Setar: Penampilan istimewa Syedewa mencuri tumpuan pengunjung Ekspo Muafakat Kedah yang tertarik mempelajar­i teknik solekan daripada jurusolek selebriti itu.

Syedewa atau Syed Mohamad Fahmi Syed Shabthar, 31, dikenali ramai kerana menjadi jurusolek selebriti terkenal tanah air seperti Neelofa, Che Ta dan Scha Al Yahya.

Kluster Lima Generasi Anak Muda di tapak ekspo yang berlangsun­g di perkaranga­n Stadium Darul Aman itu dikerumuni 500 pengunjung wanita yang ternanti-nanti kemunculan anak jati Alor Setar itu bagi berkongsi teknik yang betul.

Malah, mereka tidak berganjak walaupun ada yang berdiri selama dua jam bagi mengikuti perkongsia­n ilmu dari Syedewa.

Pengunjung, Salimah Mohd Said, 39, berkata, penampilan jurusolek itu memberi persepsi berbeza mengenai cara menata rias wajah yang sebelum ini difikirkan sukar dilakukan.

“Selepas Syedewa berkongsi tip tatarias tadi, barulah saya tahu yang sebenarnya tidak semua bahagian di muka memerlukan solekan jika ia sudah cantik, contohnya kening, jika tidak yakin untuk

tatarias membentuk kening lebih baik jangan buat, begitu juga garisan mata (eyeliner), tidak semua orang perlu membuatnya,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Sementara itu, Syedewa berkata, dia berbesar hati memenuhi jemputan Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) ke kluster berkenaan kerana mahu memberi inspirasi kepada golongan muda.

Katanya, kerjaya dalam bidang solekan itu tidak terhad kepada golongan tertentu saja kerana sesiapa pun boleh berjaya dengan syarat mempunyai minat mendalam serta kesungguha­n tinggi.

 ??  ?? SYEDEWA (kiri) berkongsi pengalaman bersama pengunjung di ruang pameran Kluster 5 di Ekspo Muafakat Kedah, di pekarangan Stadium Darul Aman.
SYEDEWA (kiri) berkongsi pengalaman bersama pengunjung di ruang pameran Kluster 5 di Ekspo Muafakat Kedah, di pekarangan Stadium Darul Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia