Harian Metro

Kolam pancing ‘medan tempur’

-

Dendam masih membara. Itu yang berlaku apabila kumpulan pekerja warga asing Indonesia dan Bangladesh dikesan mahu bertempur selepas pertelingk­ahan sebelum ini dianggap belum selesai.

Difahamkan, pergaduhan yang berlaku di Kolam Pancing, Bandar Baru Bukit Jalil kelmarin, berpunca rasa tidak puas hati kumpulan warga asing terbabit berhubung pergaduhan yang berlaku di sebuah tapak projek pembinaan 10 Februari lalu.

Menurut sumber polis, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan bakal berlaku di sebuah kolam pancing di Bandar Bukit Jalil jam 9 malam kelmarin.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati 18 lelaki warga asing dalam keadaan mencurigak­an berkumpul di kawasan kolam memancing itu.

“Semua mereka gagal mengemukak­an dokumen perkenalan diri yang sah, namun siasatan serta pemeriksaa­n tidak menemui sebarang senjata atau barang salah,” katanya.

Menurutnya, semua lelaki terbabit dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil di sini, untuk siasatan selanjutny­a.

“Dalam beberapa jam selepas itu, polis menerima maklumat berhubung satu lagi pergaduhan akan tercetus di kawasan Bandar Baru Bukit Jalil.

“Sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian sebelum polis mendapati sekumpulan 51 warga asing sedang berkumpul di kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya, polis menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap semua individu terbabit dan menahan mereka kerana dipercayai akan bergaduh.

“Semua suspek yang ditahan direman mengikut Akta Imigresen selama 14 hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan polis kini giat mencari saki-baki kumpulan warga asing yang cuba mencetuska­n kekecohan ,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia