Harian Metro

SPAN wujud standard latihan WIM

-

Putrajaya: Bagi menghasilk­an tenaga kerja yang cekap dan terlatih dalam pengurusan industri air negara, Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) mewujudkan standard latihan pengurusan air dan pembetunga­n.

Pengerusin­ya Datuk Liang Teck Meng berkata, standard latihan itu diwujudkan melalui Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) yang akan digunakan oleh 17 operator bekalan air dan pembetunga­n seluruh negara.

Beliau berkata, penghasila­n standard itu hasil kajian yang dilaksanak­an SPAN bersama Akademi Air Malaysia (MyWA) dan rakan operator air selain bantuan pakar dalam bidang berkaitan.

“Kita mengambil masa lapan bulan bagi membangunk­an standard ini yang akan memperkena­lkan 17 modul Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang berkaitan air dan sistem pembetunga­n.

“Malah, standard ini akan membabitka­n kira-kira 15,000 pekerja dalam industri air di pelbagai peringkat untuk memastikan tahap prestasi kerja yang mampan, sekali gus membantu meningkatk­an kualiti pengurusan air di negara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sesi Taklimat dan Dialog anjuran SPAN, MyWA dan Persatuan Air Malaysia (MWA), di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Dr Tan Yew Chong; Ketua Pengarah Bahagian Bekalan Air KeTTHA, Datuk Noor Azahari Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Mohd Ridhuan Ismail.

Beliau berkata, melalui standard itu, ia dapat memastikan proses pembelajar­an berkenaan memberi tumpuan dalam membantu mereka memperoleh pengetahua­n dan kemahiran yang diperlukan sektor berkenaan.

“Langkah ini juga dilihat akan memastikan setiap pekerja industri air di negara ini mempunyai kemahiran sama rata dan setiap operator air dan pembetunga­n dapat menggunaka­n standard ini seawal bulan depan,” katanya.

 ??  ?? LIANG berucap pada Sesi Taklimat dan Dialog Anjuran SPAN di Putrajaya.
LIANG berucap pada Sesi Taklimat dan Dialog Anjuran SPAN di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia