Harian Metro

Kren ‘lintas’ MMR2

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Hilang imbangan menyebabka­n sebuah kren tumbang sebelum jatuh melintang di atas laluan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berhampira­n susur Jalan Bunga Anggerik di sini.

Kejadian jam 9.58 pagi semalam, menyebabka­n seorang lelaki cedera di bahagian pinggang selepas kren dipandunya tumbang.

Biarpun tiada kenderaan yang rosak dihempap kren itu, kejadian menyebabka­n kesesakan lalu lintas ‘luar biasa’ sepanjang lebih enam kilometer dari arah Hulu Klang menuju ke Ampang.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.12 pagi.

“Seramai enam anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati satu kren tumbang dan melintang di tengah jalan.

“Kejadian itu menyebabka­n pemandu kren berkenaan, Azri Yahya, 36, cedera di bahagian pinggang dan dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Selangor Superinten­dan Azman Shari’at berkata, kejadian itu menyebabka­n laluan utama MRR2 menuju ke Ampang terpaksa ditutup selepas ia merentangi dua daripada tiga lorong di jalan berkenaan.

“Keadaan itu menyebabka­n kesesakan teruk di lebuh raya berkenaan,” katanya.

Sehingga jam 5 petang semalam, hanya satu daripada tiga lorong di laluan lebuh raya itu boleh digunakan berikutan kren itu yang masih menghalang lalu lintas.

Sementara itu, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang (ProLintas) mengesahka­n kejadian kren tumbang di MRR2 Ulu Klang-Ampang berpunca permukaan tanah tidak stabil yang menempatka­n kren berkenaan.

ProLintas berkata kejadian itu tidak membabitka­n kerosakan harta awam.

“ProLintas mengesahka­n laporan kren terbalik di Kilometer 25.2 berhampira­n Dataran Ukay pada 10 pagi semalam,

“Pasukan kecemasan dikerah ke kawasan kejadian untuk memberi bantuan dan kerja-kerja pembersiha­n kini giat dijalankan bagi menyuraika­n kesesakan trafik dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, ProLintas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul berikutan kejadian itu dan memberi jaminan keselamata­n serta keselesaan orang awam dan penduduk di sekitar kawasan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menjadi keutamaan syarikat itu.

Orang ramai juga diminta menyalurka­n maklumat dan aduan berhubung pembinaan Lebuhraya SUKE kepada Facebook dan Twitter ProLintas iaitu PROLINTAS Highways/@mySUKEoffi­cial atau talian 1300-88-9922.

 Jalan sesak 6km akibat kren tumbang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia