Harian Metro

‘Kami dah lakukan tindakan terbaik’

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap rakyat tidak menilainya hanya daripada sudut persepsi pakar antarabang­sa semata-mata, sebaliknya turut melihat kepada aktiviti dan tindakan yang sudah dilaksanak­an dalam usaha membantera­s rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, laporan mengenai kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 itu dibuat berdasarka­n persepsi daripada ekspatriat luar negara, dan bukannya oleh masyarakat negara ini.

Menurutnya, hasil laporan berkenaan juga tidak selari dengan tindakan yang dilakukan oleh suruhanjay­a berkenaan di peringkat negara.

“Justeru, perlu lihat dari sudut realiti kerana persepsi ini pelbagai macam kita boleh terima, tetapi realitinya bagaimana.

“Jika kita lihat dari sudut tindakan SPRM, saya berpendapa­t kita sudah melakukan yang terbaik untuk negara dengan mengambil kira kekangan pegawai serta bajet yang kami ada,” katanya kepada media pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina bersama komuniti Cina di Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam.

Mengikut laporan indeks yang dikeluarka­n Transparen­cy Internatio­nal Malaysia (TI-M) pada 22 Februari lalu, Malaysia berada di tangga ke-62 daripada 180 negara pada 2017 berbanding kedudukan ke-55 daripada 176 negara pada 2016.

Malaysia mencatatka­n skor 47 daripada 100 dalam tinjauan CPI tahun lalu, menurun dua mata berbanding 49 pada 2016.

Skor dalam CPI ditentukan menurut tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara berdasarka­n skala sifar (dianggap paling rasuah) kepada 100 (paling bersih).

Pada masa sama, Dzulkifli berkata, dengan kapasiti dan kemampuan yang ada, SPRM berjaya melakukan pelbagai perkara dari sudut penguatkua­saan, pendidikan dan pencegahan sepanjang 2017.

“Kami tidak berduka cita dengan persepsi ini, malah ia memberi lagi semangat kepada kami untuk melaksanak­an tugas.

“Selain itu, kami melihat ini cabaran yang perlu ditangani bersama dan berharap rakyat turut memberi sokongan dan bersama-sama dalam memainkan peranan untuk melihat negara bebas daripada rasuah serta isu salah guna kuasa,” katanya.

 SPRM harap rakyat ambil kira tindakan sudah dilaksanak­an usaha banteras rasuah

 ??  ?? DZULKIFLI bergambar bersama tetamu ketika Majlis sambutan Tahun Baru Cina SPRM di Putrajaya.
DZULKIFLI bergambar bersama tetamu ketika Majlis sambutan Tahun Baru Cina SPRM di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia