Harian Metro

PAKEJ ANJAL

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@nstp.com.my

 Pelan pascabayar Hotlink pada harga serendah RM30 sebulan

Maxis Berhad melancarka­n Hotlink Postpaid Flex yang pertama seumpamany­a di Malaysia bagi memudahkan pelanggan memiliki pelan pascabayar pada harga serendah RM30 sebulan.

Bermula dari RM30 sebulan dengan panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian serta percuma 1GB data, Hotlink Postpaid Flex dijangka menjadi pilihan pengguna prabayar.

Ketua Prabayar Maxis Navin Manian berkata, tiada kontrak dan caj tersembuny­i bagi Hotlink Postpaid Flex dan lebih menarik ia memberi lebih banyak pilihan dan fleksibili­ti kepada pelanggan.

Katanya, dengan Hotlink Postpaid Flex pelanggan juga boleh mencipta sendiri pelan internet mereka menerusi pakej yang disediakan.

“Terdapat trend dalam kalangan pengguna prabayar yang beralih kepada pascabayar dan kami menjangkak­an ia akan berterusan terutama dengan pengenalan pelan pascabayar yang lebih komprehens­if.

“Kami berharap Hotlink Postpaid Flex ini menjadi pilihan pengguna bukan saja pelanggan prabayar Hotlink, malah terbuka untuk orang ramai yang sedang mencari pelan pascabayar bersesuaia­n dengan keperluan masing-masing,” katanya kepada media selepas pelancaran Hotlink Postpaid Flex di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Kerjasama Jenamanya, Tai Kam Leong.

Navin berkata, pihaknya melihat amat penting untuk memberi pelanggan kebebasan menggunaka­n Internet mengikut cara mereka sendiri dan Maxis kini berubah dari jenama yang memfokus produk kepada memberi tumpuan terhadap pelanggan menerusi pengenalan Dunia Hotlink yang baru.

Beliau berkata, Hotlink Postpaid Flex adalah pelan pascabayar pertama seumpamany­a di pasaran yang menawarkan kelebihan bagi pengguna prabayar dan pascabayar, sekali gus memberi pelanggan menikmati kemudahan menguruska­n pelan mereka dalam satu bil bulanan.

 ??  ?? NAVIN (kiri) dan Tai menunjukka­n iklan Pelan Hotlink Postpaid Flex pada majlis pelancaran Hotlink Postpaid Flex yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam.
NAVIN (kiri) dan Tai menunjukka­n iklan Pelan Hotlink Postpaid Flex pada majlis pelancaran Hotlink Postpaid Flex yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia