Harian Metro

Kabinet lulus MITI meterai CPTPP

-

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) mendapat kelulusan Kabinet memeterai Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) di Chile, 8 Mac depan.

Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kementeria­n yakin perjanjian ini baik bagi Malaysia dan menjadi sebahagian daripada rantaian nilai ekonomi global yang kukuh.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n Hari MITI 2018 di sini, semalam.

Sebanyak 11 negara ahli sebelum ini berdepan ketidakten­tuan selepas Amerika Syarikat (AS) menarik diri sebaik saja Donald Trump menjadi Presiden.

Baki 11 negara ahli TPP yang diketuai Jepun memuktamad­kan semakan semula perjanjian dan mengubah namanya kepada CPTPP.

Hari MITI 2018 adalah kali keempat diadakan sejak diperkenal­kan pada Oktober 2016 di Menara MITI.

Sempena Hari MITI 2018, Persidanga­n Sektor Perkhidmat­an Kebangsaan 2018 diadakan dan menarik 8,000 penyertaan serta 60 pempamer sektor itu.

Aktiviti utama lain ialah Pameran Kerjaya dan Sesi Temuduga Terbuka anjuran Lembaga Kemajuan Perindustr­ian Malaysia (MIDA).

Terdahulu dalam ucapannya, Mustapa berkata, bagi tempoh Januari hingga September 2017, jumlah pelaburan diluluskan dalam sektor perkhidmat­an sebanyak RM69.2 bilion.

Ia membabitka­n 3,386 projek yang menjana 58,000 peluang pekerjaan baru. Sebanyak RM13 bilion adalah pelaburan langsung asing (FDI).

 ??  ?? MUSTAPA (dua dari kanan) melawat pameran Hari MITI 2018, semalam.
MUSTAPA (dua dari kanan) melawat pameran Hari MITI 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia