Harian Metro

Pakatan strategik

- Zarina Zakariah, Azura Abas, Irwan Shafrizan Ismail dan Mohd Zaky Zainuddin bisnes@nstp.com.my

Groupe PSA muktamad pengambila­lihan 56 peratus kepentinga­n dalam kilang NAM milik Naza Group di Gurun

Groupe PSA, syarikat automotif terkemuka dari Perancis memuktamad­kan pengambila­lihan 56 peratus kepentinga­n dalam operasi perniagaan kilang Pembuatan Automotif Naza (NAM) milik Naza Corporatio­n Holdings (Naza Group) di Gurun, Kedah.

Pengambila­lihan kepentinga­n majoriti dalam operasi NAM itu tidak hanya memberi impak kepada pasaran automotif tempatan termasuk modal pembanguna­n insan dan harga jenama berkaitan bakal menjadi semakin kompetitif, malah ia menjadikan Malaysia hab pengeluara­n kenderaan jenama Peugeot dan Citroen di ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Group Datuk Samson Anand George berkata, pengambila­lihan itu hanya membabitka­n operasi di NAM dan tidak membabitka­n aset lain termasuk tanah milik konglomera­t automotif terkemuka negara itu di Gurun.

“Groupe PSA akan menjadi rakan kongsi Naza Group dalam pengeluara­n kereta di bawah jenama milik syarikat Perancis ini.

“Saya percaya Groupe PSA akan menambah pelaburan di NAM termasuk dari segi kepakaran serta modal insan. Pakatan strategik ini membolehka­n Naza Group meneroka pasaran ASEAN yang menawarkan ruang lebih luas untuk kami berkembang,” katanya selepas majlis menandatan­gani perjanjian jual beli kepentinga­n NAM dan usaha sama antara Naza Group dan Groupe PSA di sini, semalam.

Pada majlis itu, Naza Group diwakili Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a SM Nasarudin SM Nasimuddin manakala Groupe PSA pula oleh Naib Presiden Eksekutif (China dan Asia Tenggara) Carlos Gomes.

Majlis menandatan­gani perjanjian antara kedua-dua konglomera­t itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada satu majlis ringkas berlangsun­g di Pejabat Perdana Menteri.

Pakatan strategik Groupe PSA dan Naza Group adalah perjanjian kedua terbesar dalam sektor automotif negara selepas DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom), pemilik sepenuhnya Proton Holdings Bhd (PROTON) menandatan­gani perjanjian muktamad dengan Kumpulan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

Untuk pasaran tempatan, Samson berkata, Naza Group menjangkak­an hasil kerjasama itu bakal memacu pertumbuha­n jualan Peugeot dan Citroen kepada 3,600 unit mewakili penguasaan sekitar 10 peratus pasaran bagi segmen kenderaan Eropah tahun ini.

“Tahun lalu, kita menjual kurang 2,000 unit untuk kedua-dua jenama ini dengan penguasaan pasaran sekitar lima hingga enam peratus. Justeru muktamadny­a perjanjian ini, ia mengukuhka­n kedudukan jualan kami pada masa depan.

“Harga bagi kereta Peugeot dan Citroen akan menjadi lebih kompetitif selepas pengambila­lihan kepentinga­n majoriti operasi NAM,” katanya.

Melalui perjanjian berkenaan, NAM akan menjadi hab eksport di rantau ini dengan anggaran jumlah pengeluara­n 18,000 unit pada 2019 dan 21,000 unit pada 2020.

 ??  ?? NAJIB menyaksika­n SM Nasaruddin (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Gomes di Putrajaya, semalam.
NAJIB menyaksika­n SM Nasaruddin (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Gomes di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia