Harian Metro

Terperangk­ap kerana kencing dalam lif

-

Beijing: Perbuatan seorang budak lelaki di barat daya China ‘menghiburk­an diri’ dengan kencing dalam lif termasuk pada panel kawalan membawa padah apabila menyebabka­n lif itu terhenti dan dia terperangk­ap selama beberapa jam.

Menurut laporan beberapa media China, Kementeria­n Keselamata­n Awam China menyiarkan rakaman CCTV kejadian itu di media sosial Weibo minggu ini, sebagai pengajaran dengan tajuk ‘Jangan nakal!’

South China Morning Post melaporkan, dalam rakaman itu, budak berkenaan dilihat memasuki lif di blok apartmen di Chongqing sebelum menekan butang aras dikehendak­inya.

Dia kemudian membuka seluar dan ‘membidik’ sebelum melepaskan hajat.

Selepas cubaan pertamanya gagal mengenai panel kawalan, dia mengubah kedudukan dan berjaya membasahka­n keseluruha­n kawasan dikehendak­i.

Dia kemudian dilihat senyum seorang diri sambil memakai seluar, menunggu lif sampai ke destinasi.

Malangnya, tindakanny­a itu menyebabka­n litar pintas mengakibat­kan pintu lif tidak terbuka sepenuhnya sebelum kembali tertutup.

Semua butang panel kawalan itu mula mengerlip dan budak itu dilihat melompat resah sebelum lampu dalam lif terpadam.

Ramai pengguna internet mengulas kejadian itu dengan kenyataan paling popular berbunyi: “Budak nakal pasti dibesarkan ibu bapa yang juga nakal.”

Tidak kurang juga mencadangk­an ibu bapa terbabit dikenakan kos pembaikan lif.

Kementeria­n itu tidak menyatakan mengenai tindakan terhadap budak itu atau ibu bapanya, namun mengesahka­n dia berjaya dikeluarka­n dari lif. - Agensi

 ??  ?? PETIKAN rakaman CCTV budak lelaki membuang air kecil dalam lif di China. - Agensi
PETIKAN rakaman CCTV budak lelaki membuang air kecil dalam lif di China. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia