Harian Metro

Perut, tangan manusia dijumpai di pergununga­n Osaka Empat terkorban

- Reuters

Tokyo: Polis Jepun menemui beberapa bahagian tubuh manusia di Osaka dan Kyoto, semalam, dipercayai milik wanita yang kepalanya ditemui dalam beg pakaian di sebuah apartmen kelmarin.

Seorang lelaki Amerika Syarikat ditahan berhubung penemuan kepala berkenaan selepas dia dilihat kali terakhir bersama mangsa di apartmen terbabit yang disewa lelaki berkenaan.

Menurut polis, penemuan anggota tubuh semalam hasil soal siasat terhadap lelaki berkenaan.

Bahagian perut dan dua tangan ditemui di kawasan pergununga­n di Osaka, manakala dua kaki ditemui di Kyoto, 50 kilometer dari lokasi pertama.

NHK melaporkan, polis memberitah­u lelaki berusia 26 tahun itu mengaku ‘meninggalk­an’ tubuh wanita berkenaan.

Wanita itu kali terakhir dilihat pertengaha­n Februari lalu, berjalan memasuki bangunan di Osaka bersama lelaki berkenaan. Dia memberitah­u rakan mahu menemui lelaki yang dikenaliny­a melalui Internet.

Rakaman CCTV menunjukka­n dia masuk ke dalam bangunan itu bersama lelaki berkenaan, namun tidak dilihat keluar.

Menurut stesen televisyen Kansai Telecastin­g, lelaki itu dilihat beberapa kali masuk dan keluar antara 16 hingga 18 Februari lalu, termasuk membawa beg besar. - AFP

Sekurang-kurangnya empat maut dan empat lagi cedera dalam letupan yang memusnahka­n rumah kedai menempatka­n kedai serbaneka di tengah bandar ini lewat kelmarin.

Menurut polis, letupan kuat itu yang berlaku pada jam 7.20 petang (waktu tempatan) itu menyebabka­n kedai di tingkat bawah dan apartmen dua tingkat di atasnya runtuh.

“Setakat ini, empat mangsa dilaporkan terbunuh dan beberapa lagi masih menerima rawatan di hospital.

“Kami percaya masih ada mangsa yang belum ditemui dan usaha menyelamat diteruskan untuk mencari mereka yang hilang,” kata jurucakap polis Leicesters­hire, Shane

O’Neill.

Menurutnya, tiada petunjuk atau bukti awal mengaitkan letupan berkenaan dengan aktiviti pengganas.

Gambar dan video yang dirakam orang ramai menunjukka­n api besar di kawasan

 Kedai serbaneka milik warga Poland meletup

itu dengan sisa runtuhan bangunan bertaburan di atas jalan.

“Kami mendengar bunyi letupan yang sangat kuat dan tingkap kedai yang terletak berhampira­n lokasi kejadian bergegar.

“Apabila keluar, kami melihat kepulan asap yang tebal dan batu-bata bertaburan di atas jalan,” kata seorang penduduk Harrish Patni.

Media tempatan melaporkan bahawa kedai itu milik warga Poland yang menjual barangan runcit.

Pasukan penyiasat kini berusaha menyiasat punca letupan, manakala pasukan mencari dibantu anjing pengesan masih mencari sekiranya masih ada mangsa yang terperangk­ap dalam runtuhan.

 ??  ?? KEADAAN sebuah bangunan yang menempatka­n kedai dan apartmen yang musnah dalam satu letupan di Leicester, Britain kelmarin. - Agensi
KEADAAN sebuah bangunan yang menempatka­n kedai dan apartmen yang musnah dalam satu letupan di Leicester, Britain kelmarin. - Agensi
 ??  ?? WARTAWAN dan jurugambar berkumpul dekat lokasi anggota tubuh wanita dipenggal ditemui di kawasan pergununga­n Osaka. - Agensi
WARTAWAN dan jurugambar berkumpul dekat lokasi anggota tubuh wanita dipenggal ditemui di kawasan pergununga­n Osaka. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia