Harian Metro

MENYUSUP CELAH DAPUR

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Selepas hampir sembilan jam menanti bagi mendapatka­n perkembang­an sesi sebutan kes membabitka­n dua pemain badminton profesiona­l yang disyaki mengatur perlawanan, media yang hadir membuat liputan dikecewaka­n dengan tindakan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) yang mengelak daripada bertemu pemberita.

Ini kerana, tiga ahli panel bebas dilantik BWF dan pemain terbabit ‘melarikan diri’ menggunaka­n laluan dapur Hotel Jen Tanglin Singapura, tempat berlangsun­gnya sesi sebutan kes sebaik tamat pada jam 5 petang semalam.

Wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jadadish Chandra yang memaklumka­n perkara itu bagaimanap­un berkata, BWF mengambil tindakan itu bagi melindungi kedua-dua pemain terbabit kerana proses sebutan kes masih belum selesai dan akan bersambung, hari ini.

“Semua perlu faham, tindakan BWF ini bukan disengajak­an tetapi mereka perlu melindungi kedua-dua pemain terbabit. Dua pemain itu masih perlu menghadiri sebutan kes esok (hari ini) dan mereka tidak dibenarkan memberikan sebarang komen.

“Lagipun, ada bantahan awal dibuat daripada dua pemain terbabit yang tidak mahu bertemu media,” kata Jadadish ketika ditemui selepas tamat hari pertama sebutan kes semalam.

Kehadiran Jadadish yang juga ahli Jawatankua­sa Peraturan dan Disiplin BAM adalah sebagai pemerhati bagi memantau proses sebutan

 Tiga ahli panel bebas BWF, dua pemain profesiona­l negara ‘lari’ elak bertemu media

kes berkenaan.

Mengulas lanjut, Jadadish berkata, BWF melantik tiga ahli panel bebas daripada tiga negara berbeza bagi mengadili kes membabitka­n kedua-dua pemain yang disyaki itu.

Katanya, kedua-dua pemain terbabit masing-masing diwakili dua peguam.

“Proses sebutan kes hari ini (semalam) menyaksika­n BWF mengemukak­an bukti yang mereka ada untuk mendakwa kedua-dua pemain terbabit atas tuduhan mengatur perlawanan. Empat saksi dipanggil hari ini (semalam) bagi memberi keterangan. Pemain terbabit dan peguam mereka akan dibenarkan membuat pembelaan esok (hari ini),” kata Jadadish.

 ??  ?? KELIBAT pemain profesiona­l badminton negara (kanan) yang menghadiri sesi sebutan kes di Singapura.
KELIBAT pemain profesiona­l badminton negara (kanan) yang menghadiri sesi sebutan kes di Singapura.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia