Harian Metro

Kegiatan ‘dihidu’ sejak 2016

-

Singapura: Kegiatan dua pemain profesiona­l badminton negara yang disyaki mengatur perlawanan berjaya dihidu Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) selepas menerima laporan daripada seorang pemain bukan dari Malaysia pada hujung tahun 2016.

Pemain berkenaan mendakwa dia ditawarkan habuan bagi mengatur perlawanan dalam satu kejohanan disertainy­a oleh pemain yang disyaki terbabit tetapi menolaknya sekali gus membuat laporan kepada BWF.

Susulan itu, BWF melantik pegawai penyiasat sukan yang pakar dalam kegiatan mengatur perlawanan berpangkal­an di Eropah untuk menjalanka­n siasatan ke atas kedua-dua pemain yang terbabit.

Wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jadadish Chandra yang hadir

(gambar)

sebagai pemerhati berkata, hasil siasatan penyiasat berkenaan yang juga hadir sebagai salah seorang saksi bagi memberi keterangan pada sesi sebutan kes semalam mendapati kedua-dua pemain terbabit sudah terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan sejak 2013.

Beliau berkata, kedua-dua pemain disyaki terbabit berdepan enam tuduhan mengatur perlawanan dalam enam kejohanan berbeza antara 2013 hingga 2016.

“Empat saksi daripada BWF hari ini (semalam) hadir bagi memberi keterangan mengenai kes ini. BWF hari ini (semalam) mengemukak­an segala bukti mereka ada terhadap pertuduhan yang mereka buat. Namun, saya ingin tegaskan semua bukti dan tindakan dibuat BWF adalah mengikut peraturan badan induk itu dan kuasa yang ada di bawah mereka.

“Apa yang saya boleh kongsikan, kedua-dua pemain ini disyaki mengatur perlawanan selepas ada pemain membuat laporan kepada BWF, bukan pemain dari Malaysia.

“Dia ditawarkan untuk mengatur perlawanan oleh pemain yang disyaki. Dua pemain terbabit berdepan enam pertuduhan mengatur perlawanan antara 2013 hingga 2016,” kata Jadadish ketika ditemui pemberita selepas tamat hari pertama sesi sebutan kes semalam.

Ditanya sama ada dua pemain terbabit itu ialah bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli dan bekas pemain skuad Piala Thomas, Tan Chun Seang, Jadadish bagaimanap­un tidak menafikan atau mengiyakan berhubung perkara itu.

“Saya tidak boleh cakap apa-apa mengenai ini, saya tidak boleh nafi atau mengiyakan,” katanya.

Sesi sebutan kes akan kembali bersambung hari ini di Hotel Jen Tanglin Singapura pada jam 10 pagi.

Hari ini kedua-dua pemain akan diberi peluang untuk membela diri terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia