Harian Metro

Misi pertahan gelaran dunia

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Azizul perlu awasi ancaman tiga pelumba

Sekurang-kurangnya tiga pelumba dilihat mampu menjadi halangan utama kepada jaguh keirin negara, Azizulhasn­i Awang (gambar) dalam usaha mempertaha­nkan gelaran dunia miliknya.

Menerusi laman web rasmi Kejohanan Trek Dunia yang dijadualka­n berlangsun­g di Velodrom Omnisport di Apeldoorn, Belanda, seramai 26 pelumba dari 15 negara mengesahka­n penyertaan dalam acara keirin.

Tuan rumah dilihat muncul sebagai pencabar utama apabila menyenarai­kan

Matthijs Buchli yang cemerlang di siri Piala Dunia musim ini.

Pemenang perak Olimpik Rio berusia 25 tahun berkenaan muncul juara dalam tiga siri Piala Dunia iaitu di Poland, Great Britain dan Belarus.

Hakikat berkenaan turut diakui ketua jurulatih negara, John Beasley yang menyedari prestasi semasa pelumba tuan rumah bakal memberikan saingan sengit.

“Pelumba Belanda banyak mendominas­i perlumbaan musim ini. Namun Kejohanan Trek Dunia adalah sesuatu yang berbeza. Anda perlu mempamerka­n prestasi terbaik pada hari perlumbaan untuk berjaya,” jelas Beasley.

Pada masa sama, dua jaguh dari Oceania, terutamany­a Edward Dawkins dari New Zealand yang meraih emas pecut berpasukan pada edisi tahun lalu tidak boleh dipandang rendah selain pelumba sedang meningkat naik dari Australia, Matthew Glaetzer.

Glaetzer muncul pelumba pertama melakukan catatan masa bawah seminit dalam satu kilometer ujian masa, November lalu dan melakar rekod baru dunia pada awal bulan ini pada kejohanan kebangsaan Australia.

Antara nama lain yang dilihat mampu mencabar adalah Francois Pervis (Perancis), Fabian Hernando Puerta Zapata (Columbia), Maximilian Levy (Jerman), Yudai Nitta (Jepun) serta pelumba di ranking nombor satu dunia, Andrii Vynokurov dari Ukraine.

Jaguh Great Britain yang juga pemenang tiga emas Olimpik Rio, Jason Kenny turut ke Belanda namun tidak mengambil bahagian dalam acara keirin apabila disenaraik­an untuk acara pecut berpasukan bersama-sama Jack Carlin dan Ryan Owens.

Cabaran keirin Great Britain sebaliknya digalas dua pelumba muda, Carlin dan Joseph Trumans.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia