Harian Metro

Barisan pelumba hebat warnai ARRC 2018

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bagi musim 2018 bakal menyaksika­n persaingan lebih sengit dan mengujakan, lebih-lebih lagi dalam kelas perdana, SuperSport­s 600cc.

Apa tidaknya, kelas itu bakal menyajikan saingan cukup hebat bukan saja daripada bekas juara seperti Azlan Shah Kamaruzama­n ataupun Zaqhwan Zaidi tetapi juga penyertaan muka baru yang bukan calang-calang.

Bekas pelumba di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto3, Amirul Hafiq Azmi menjadi antara muka baru dalam kelas perdana itu selain bekas pelumba Moto2 di Kejuaraan Motosikal Remaja Dunia (CEV), Ramdan Rosli dan Kasma Daniel Kasmayudin (Moto3).

Kasma yang sebelum ini menjulang gelaran juara sulung kelas CP150 di Kejuaraan Cub Prix 2017 pula diberi kepercayaa­n mengisi slot peringkat Asia, mewakili pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia bersama-sama Ramdan.

“Pasukan baru untuk saya,” kata Ramdan. “Jadi saya tidak meletak sasaran terlalu tinggi. Apa yang boleh saya katakan, saya mahu menyesuaik­an diri dengan pasukan dan cuba yang terbaik untuk pusingan pertama nanti.”

Menambah kerancakan, musim ini juga menyaksika­n penyertaan pasukan pelumba Moto2 negara, Zulfahmi Khairuddin yang membariska­n adik kepada pelumba Moto3 negara, Mohammad Ibrahim Norrodin sebagai pelumba pasukan SIC Junior

“Apa yang boleh saya katakan, saya mahu menyesuaik­an diri dengan pasukan dan cuba yang terbaik untuk pusingan pertama nanti”

Ramdan Rosli

ZK Racing.

Pasukan disertai Zaqhwan, Musashi Boon Siew Honda pula membariska­n tiga nama yang mana dilihat sebagai percaturan tepat apatah lagi bekas pelumba Moto2 itu juga bakal beraksi buat kali pertamanya di Kejuaraan Seluruh Jepun (All Japan) musim ini bersama pasukan Honda Asia-Dream Racing.

Tidak lupa juga, penyertaan bekas pelumba MotoGP dari Australia, Anthony West yang bakal mewakili pasukan Webike IKAZUCHI bersama-sama rakan senegara Patrick Li.

Musim baru 2018 dijadual menyingkap tirainya di Litar Antarabang­sa Buriram, Thailand pada 2 hingga 4 Mac ini.

 ??  ?? KASMA (kiri) bersama Zaqhwan.
KASMA (kiri) bersama Zaqhwan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia