Harian Metro

Griezmann aibkan Sevilla

-

Atletico kini tujuh mata di belakang Barca

Penyerang berbisa Perancis, Antoine Griezmann melakar hatrik ketika membantu Atletico Madrid membelasah Sevilla 5-2, sekali gus mengurangk­an jurang mata dengan pendahulu La Liga kepada tujuh mata.

Keputusan itu juga memberi perangsang kepada Manchester United, yang akan berdepan Sevilla dalam saingan kedua Liga Juara-Juara bulan depan selepas aksi pertama menyaksika­n kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Bekas bintang Chelsea, Diego Costa (gambar) membuka jaringan sebelum tamat babak pertama selepas berjaya memperdaya benteng Sevilla.

Penjaga gol, Sergio Rico cuba menyepak bola kepada Ever Banega di luar petak penalti tetapi kesilapann­ya dihidu Costa yang kemudian menggelece­k bola melepasi penjaga gol itu.

Sevilla meraih banyak peluang jaringan dengan menyaksika­n penyerang Colombia, Luis Muriel beberapa kali mencuba namun dinafikan dengan kemas oleh penjaga gol Atletico, Jan Oblak.

Tiga minit menuju masa rehat, Griezmann menjaringk­an gol pertama selepas melepasi tiga pertahanan lawan.

Bermula babak kedua, Griezmann menambah jaringan untuk mendahului 3-0, selepas dia menyempurn­akan penalti pertama La Liga selepas Costa dijatuhkan oleh Rico.

Sevilla kian menderita apabila giliran Koke menjaringk­an gol untuk mendahului 4-0 selepas kekalutan benteng sebelum Griezmann melengkapk­an hatrik pada minit ke- 80, sekali gus mencatat 11 jaringan dalam La Liga setakat ini.

Cubaan barisan tuan rumah menebus aib berhasil menerusi gol Pablo Sarabia dan Nolito yang masing-masing menjaringk­an gol dalam tempoh lima minit sebelum tamat perlawanan.

 ??  ?? GRIEZMANN (kiri) ‘terbang’ diasak pemain Sevilla.
GRIEZMANN (kiri) ‘terbang’ diasak pemain Sevilla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia