Harian Metro

INI LUKAKULAH...

- AFP

Manchester

Romelu Lukaku menutup mulut pengkritik yang meragui kemampuann­ya berdepan lawan hebat dengan menjaringk­an gol dan membantu gol kemenangan Jesse Lingard ketika Manchester United bangkit daripada ketinggala­n untuk menewaskan Chelsea 2-1, semalam.

Lukaku tidak menjaringk­an sebarang gol dalam enam perlawanan terdahulu berdepan enam pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris bersama United mencetuska­n andaian bahawa dia hanya mampu membuli pasukan lemah.

Bagaimanap­un Lukaku kini menjaringa­n 22 gol dAlam semua kejohanan sejak berpindah dari Everton Julai lalu dengan bayaran £75 juta (RM410.2 juta).

“Ia tidak terusk tetapi anda sentiasa boleh perbaiki,” kata Lukaku mengenai jaringanny­a setakat ini.

“Saya ingin melakukan yang terbaik untuk pasukan. Pada akhirnya, saya berada di Manchester United dan mahu memenangi penting.”

Pengurus United Jose Mourinho begitu berlebih-lebihan dalam memuji Lukaku apabila prestasi peribadiny­a membayangk­an aksi tuan rumah selepas ketinggala­n kepada Chelsea.

Pasukan pelawat mendahului menerusi jaringan Willian

trofi. Itu yang sebelum setengah jam perlawanan ketika United sekali lagi gagal mendapatka­n aksi terbaik daripada Alexis Sanchez dan Paul Pogba dalam formasi baru di bahagian tengah.

Namun Lukaku meledak gol enam minit sebelum separuh masa apabila berjaya menyempurn­akan hantaran

 Penggempur United tutup mulut pengkritik, bantu Red Devils bangkit benam Blues

Anthony Martial.

Dia hampir menjaringk­an gol kedua apabila sepakan guntingnya berjaya diselamatk­an Thibaut Courtois pada separuh masa kedua.

Namun Courtois gagal melakukan sesuatu apabila Lukaku mempamerka­n kemampuann­ya di luar kawasan penalti untuk melakukan hantaran yang berjaya disempurna­kan

Lingard.

 ??  ?? MOURINHO (kiri) berjabat tangan dengan Conte selepas perlawanan.
LINGARD (kiri) menanduk masuk gol kemenangan United.
MOURINHO (kiri) berjabat tangan dengan Conte selepas perlawanan. LINGARD (kiri) menanduk masuk gol kemenangan United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia