Harian Metro

Mourinho, Conte tak gaduh lagi

-

Manchester: Pengurus Manchester United Jose Mourinho percaya adalah penting buat beliau dan rakan sejawatann­ya di Chelse Antonio Conte melupakan perbalahan mereka dengan bersalaman sebelum dan selepas perlawanan yang menyaksika­n kemenangan United 2-1, semalam.

Pertelagah­an Mourinho dan Conte mencapai kemuncakny­a bulan lalu apabila jurulatih Portugal itu memetik pertuduhan yang dibawa Persekutua­n Bolasepak Itali pada 2012 bahawa Conte gagal melaporkan insiden mengatur perlawanan membabitka­n kelab lamanya Siena pada musim 2010-11.

Conte yang pernah mengendali­kan Juventus menerima hukuman awal penggantun­gan 10 bulan yang kemudianny­a dikurangka­n kepada empat bulan sebelum kes itu digugurkan pada 2016.

Conte membalasny­a dengan memanggil Mourinho ‘lelaki kerdil’ namun kedua-duanya saling tersenyum sebelum perlawanan dan berdakapan selepas itu apabila United bangkit daripada ketinggala­n untuk menang di Old Trafford hasil jaringan Romelu Lukaku dan Jesse Lingard.

“Saya fikir berjabat tangan tidak perlukan kata-kata,” kata Mourinho.

“Saya fikir itulah yang mahu saya dan Antonio tunjukkan kepada semua.

“Berjabat tangan sebelum dan selepas perlawanan adalah satu contoh bahawa dalam bola sepak anda perlu teruskan kehidupan dan saling menghormat­i satu sama lain.

“Mourinho dan Conte bukan orang biasa dalam bola sepak.

Kami mempunyai sejarah, imej dan saya gembira dengannya.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia