Harian Metro

Liat jinak Palace: Kane

-

London: Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane menyifatka­n kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park, kelmarin cukup sukar malah dia pada satu ketika sedia menerima pertemuan akan berakhir tanpa sebarang jaringan.

Begitupun, penyerang England itu muncul wira pasukannya apabila menanduk masuk bola berpunca sepakan sudut Christian Eriksen pada minit ke-88 sekali gus menebus kegagalann­ya untuk menyempurn­akan dua peluang terhidang di awal permainan.

Kane sepatutnya sudah meletakkan pelawat di depan apabila bola jatuh di depannya susulan kesilapan yang dibuat oleh Patrick van Aanholt tetapi rembatanny­a meliar melepasi gawang.

Dia sekali lagi terlepas peluang di awal babak kedua apabila menerima hantaran sebelah kanan Eriksen dan tanpa sebarang asakan, rembatanny­a tersasar ke sisi gawang.

“Kami menunggu sehingga penghujung permainan,” kata Kane. “Saya fikir ia mungkin bukan hari kami kerana kami mempunyai beberapa peluang, terutama daripada saya dan Serge Aurier di lewat permainan.

“Tetapi kami menungguny­a sehingga penghujung. Kami perlu bermain bermati-matian, dengan beberapa perlawanan yang sukar terpaksa diharungi sebelum ini.

“Kini kami perlu mengekalka­n momentum ini bagi perlawanan berikutnya.”

Ia adalah gol ke-35 Kane sepanjang musim ini yang menjadikan­nya penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 24 gol, lebih satu gol di depan pemain Liverpool, Mohamed Salah. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia