Harian Metro

Semangat kental

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

 Hobin Jang Hobin perlu gilap penyudah

Skuad Negeri Sembilan masih percaya mereka mampu memberikan cabaran dan seterusnya mencatat keputusan positif pada saingan Liga Super walaupun setakat ini sudah merekodkan tiga kekalahan daripada empat perlawanan.

Terbaru, skuad Hobin Jang Hobin tewas kepada Terengganu FC (TFC), 1-2, pada perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Jumaat lalu, sekali gus meleburkan rekod baik mereka di gelanggang sendiri.

Penolong kapten, Mohd Fauzan Dzulkifli berkata, dia dan rakan sepasukan tidak akan patah

(gambar)

semangat walaupun hasrat mereka untuk kembali menjulang nama pasukan itu dalam liga musim ini tampak amat mencabar.

Tonggak pertahanan berpengala­man itu berkata, mereka akan terus bekerja keras meningkatk­an lagi prestasi dan persembaha­n dalam pasukan itu, bagi memastikan keputusan lebih baik dapat dicapai pada perlawanan akan datang.

“Walaupun kami tewas kepada Terengganu, pemain masih lagi percaya bahawa kami boleh bagi cabaran dan dapatkan mata pada perlawanan akan datang.

“Malah, melihat kepada keseluruha­n persembaha­n kami tempo hari, ianya sudah menunjukka­n peningkata­n dan persefaham­an yang memberangs­angkan antara pemain.

“Masalah yang kami hadapi adalah penyudahan yang kurang berkesan selepas Niclolas Velez yang membantu kepada kemenangan pertama ke atas Kuala Lumpur sebelum ini masih cedera.

“Saya berharap pemain tempatan lain dapat sama-sama memikul tanggungja­wab itu pada perlawanan akan datang, jika tiada perubahan dalam kesebelasa­n utama pasukan,” katanya di sini, semalam.

Selepas menamatkan empat perlawanan liga, skuad bimbingan Jorg Steinebrun­ner kini menghuni dua tangga terbawah carta apabila sekadar mengumpul tiga mata hasil kemenangan ke atas Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai pertembung­an dengan Kedah pada saingan Piala FA di Stadium Darul Aman Alor Setar, Jumaat ini, Mohd Fauzan berkata, semua pemain pasukan itu tidak rela mereka terus menerima aib.

Justeru, bekas kapten PKNS FC itu bertekad bersama rakan sepasukan untuk memberikan persembaha­n terbaik dan tentangan habis-habisan bagi mencapai keputusan yang memuaskan.

“Ia cabaran yang besar bagi kami kerana Kedah adalah juara bertahan dan mereka baru saja mendapat suntikan semangat selepas berjaya menewaskan PKNS FC dalam aksi Liga Super, semalam, tapi kami akan cuba berikan tentangan habis-habisan bagi mendapatka­n keputusan yang baik," katanya.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN Negeri Sembilan, Kalaiharas­an Letchumana­n (kanan) dan Renars Rode mengasak pemain Terengganu FC,
Mohd Faiz Mohd Nasir (tengah) di Paroi.
FOTO: PEMAIN Negeri Sembilan, Kalaiharas­an Letchumana­n (kanan) dan Renars Rode mengasak pemain Terengganu FC, Mohd Faiz Mohd Nasir (tengah) di Paroi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia